Kolestrol ada dua jenis iaitu baik dan jahat. Eh, macam sifat manusia pula. Yang jahat tentulah mendatangkan kesan buruk atau masalah kepada kesihatan. Kelostrol jahat ni kena dibuang dari badan.
Salah satu cara hendak buang kolestrol jahat ialah dengan makan kurma. Bukan dengan makan sebiji telah hilang kolestrol jahat tu. Kenalah amal secara berterusan.
Tidak rugi amal makan kurma. Kurma sesuai dimakan oleh semua
peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik
untuk tubuh, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.
Ia
juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang
dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Sebab itu, amalan makan kurma perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukannya hanya ketika berbuka puasa sahaja.
Kurma mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E),
mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat,
karbohidrat dan gula ringkas.
Sumber
serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga telah
didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon
dan kanser perut.
Kadar
potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat
dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma sangat baik untuk lelaki.
Ia
juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah,
merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran
darah semasa kelahiran.
Rasulullah SAW gemar makan kurma atau mengutamakan memakan kurma berbandinga makanan lain.
Hadis
riwayat Ahmad bermaksud: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa
biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka
Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya
tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air."
Dari
Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi SAW berkata: "Kurma dapat
menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan,
menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."
Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.
No comments:
Post a Comment