Antara
haiwan yang dimanfaatkan manusia untuk melaksanakan tugas atau kerja ialah
beruk. Beruk dilatih memanjat dan memetik kelapa. Ada juga beruk digunakan
untuk memetik petai, buah celagi dan sebagainya.
Beruk
yang ingin digunakan khidmat memetik buah perlu dilatih terlebih dahulu.
Biasanya latihan itu dilakukan oleh orang yang pakar. Ada 'sekolah' untuk
melatih beruk memetik kelapa.
Beruk
sebenarnya termasuk dalam golongan binatang liar. Beruk hanya dapat digunakan
khidmat setelah dijinakkan. Beruk yang telah dijinakkan bukan sahaja boleh
melakukan tugas memetik kelapa, tetapi juga diarahkan untuk mengikut
arahan-arahan lain.
Bagaimanapun,
beruk jinak ada 'mood' yang perlu diperhatikan agar tidak bertindak agrasif.
Ada beruk jinak tidak dengar kata atau tidak menurut perintah sehingga
bertindak menggigit tuan sendiri.
Terdapat
cara untuk mengelak beruk bertindak agrasif iaitu memberi makan dan minuman
secukupnya. Beruk diberi makan secukupnya untuk membolehkan melakukan kerja
memanjat kelapa dan mengawal mood.
Pemilik
beruk tahu makanan dan minuman kegemaran beruk masing-masing. Ada beruk yang
gemar makan telur masak separuh dengan madu. Ada juga yang minat minuman bergas
selepas penat melakukan tugas.
Konsep
'ganjaran' dalam bentuk makanan dan minuman kerap digunakan pemilik beruk untuk
memberi motivasi kepada beruk masing-masing melakukan tugas, dengar kata dan cergas.
No comments:
Post a Comment