Sunday, 30 August 2020

RANTAI LEHER DAUN UBI KAYU

Terlihat gambar ini di media sosial. Lalu terkenang masa kanak-kanak dahulu. Inilah antara hasil kreatif menggunakan sumber yang ada di persekitaran tempat tinggal.

Tidak ingat atau tidak pasti nama objek ini. Tetapi boleh sahaja dipanggil kalung atau rantai leher.

Rantai leher ini dihasilkan menggunakan ‘pelepah’ daun ubi kayu. Tidak semua orang mampu menyiapkannya biarpun nampak simple atau mudah.

Untuk menghasilkan bukan perlu kemahiran, tetapi ketelitian dan kesabaran yang tinggi.

Pelepah ubi kayu yang dipilih perlu yang telah matang. Eloknya yang berukuran besar agar proses membuat kalung lebih mudah.

Pelepah itu akan dipatahkan tanpa memutuskan keseluruhannya. Kulit luar dibahagikan dua dan empulur di dalamnya akan dibiarkan melekat pada salah satu kulit luar yang dibuat secara berselang seli.

Memang proses menyiapkannya memerlukan ketelitian dan kesabaran tinggi. Kalau tidak dilakukan dengan teliti, pelepah yang dipatahkan itu akan terputus dua, atau ketika mengasingkan empulur akan memutuskan kulit luar.

Walaupun ringkas dan seakan-akan mudah dilakukan, tidak semua yang mencubanya berjaya. Jadi, sesiapa yang berjaya menyiapkannya, pastikan satu yang mengembirkan.

Inilah antara aktiviti atau kemahiran sering dimainkan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa ketika ada peluang dan ruang masa untuk melakukannya.

Harapnya masih ada yang ingin mencuba aktiviti ini untuk menguji ketelitian dalam melakukan sesuatu tugasan.

No comments:

Post a Comment