Wednesday 9 December 2020

KETINGGIAN GUNUNG EVEREST BERTAMBAH 4.43 METER


Ketinggian terbaru Gunung Qomolangma (Everest), puncak gunung tertinggi di dunia ialah 8848.86 meter, mencatatkan peningkatan berbanding ukuran rasmi yang dibuat sebelum ini.

Ukuran terkini itu diumumkan bersama Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Nepal, Bidhya Devi Bhandari pada Disember 2020.

Pada Oktober 2019, China dan Nepal mengeluarkan kenyataan bersama, bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam menangani perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.

Kedua-dua negara juga akan bersama mengumumkan ketinggian Everest di samping menjalankan kerjasama penyelidikan sains.

Misi pengukuran semula dijalankan Kementerian Sumber Alam China, Kementerian Luar China, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China dan kerajaan tempatan Wilayah Autonomi Tibet.

Pasukan pendaki China memulakan misi mencabar dan berbahaya ini pada 6 Mei lalu.

Lapan pendaki berjaya sampai di puncak gunung selepas mengharungi pelbagai kesukaran seperti cuaca esktrem dan mengambil masa selama 150 minit untuk melakukan kerja-kerja pengukuran.

Misi berjaya diselesaikan pada 28 Mei dan pasukan pendaki selamat kembali ke Kem Qomolangma.

China telah melakukan enam kali pengukuran Everest dan mengumumkan keputusannya pada 1975 (8,848.13 meter) dan 2005 (8,844.43 meter).

No comments:

Post a Comment