Monday 19 April 2021

KETUPAT PALAS, TAPAI BERAS

Sambutan Aidilfitri di Kelantan tidak kisah tentang lemang dan rendang. Memang susah hendak berjumpa lemang dan rendang ketika sambutan Aidilfitri di Kelantan. Jika ada pun sekadar hendak membuat sedikit kelainan atau meraikan anak menantu yang bertemu jodoh dengan orang luar Kelantan.

Di Kelantan, menu yang masih menjadi pilihan ketika Aidilfitri ialah ketupat palas dan tapai beras yang dibungkus dalam daun pisang atau daun getah. Kerana sukar hendak dapatkan daun getah, kena pula musim daun meluruh, ia diganti dengan bekas plastik kecil untuk diperam tapai beras.

Tidak dinafikan, ketupat palas dan tapai beras semakin sukar untuk ditemui kerana tidak banyak orang tahu membuatnya, ia membuka peluang kepada mereka yang membuatnya untuk dijual.

Menggunakan media sosial untuk pemasaran, ketupat palas dan tapai beras kini kembali mendapat permintaan sehingga ada pembuatnya tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi. Malah ia mendapat permintaan luar dari Kelantan oleh mereka berasal dari Kelantan tetapi telah menetap di luar Kelantan.

Jadi, mereka yang ada kemahiran membuat ketupat palas dan tapai beras, bolehlah menjadikan ia satu cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan pada Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment