Thursday 8 April 2021

WILAYAH SABAH SARAWAK

Sabah dan Sarawak kini dikenali Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak. Pengenalan itu bagi menggantikan perkataan ‘negeri’ yang digunakan selama ini.

Penggunaan ‘wilayah’ adalah susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan ini, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta merta.

Dalam pengumumannya itu, Muhyiddin memaklumkan pertukaran terbabit adalah bagi memisahkan Sabah dan Sarawak daripada panggilan ‘negeri’ yang digunakan kepada negeri lain di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, panggilan wilayah itu akan digunakan kerana Sabah dan Sarawak adalah kawasan hebat, malah tidak boleh dianggap negeri kerana besar walaupun penduduknya tidak ramai.

Sabah dan Sarawak, katanya, memiliki kesatuan dalam kepelbagaian tanpa mengira bangsa dan latar belakang, sekali gus menjadi contoh kepada Malaysia daripada aspek kemampuan menegakkan perpaduan utuh. 

 

No comments:

Post a Comment