Terdapat banyak jenis ikan sebelah. Ikan sebelah merujuk kepada jenis bentuk ikan yang hanya ada sebelah badan. Salah satu jenis ikan sebelah adalah seperti gambar. Kedua-dua belah badan berwarna lain.
Ikan
sebelah sedap digoreng, selain dibuat asam pedas utara. Menu lain pun sedap
mengikut cita rasa masing-masing. Kalau digoreng, sedap jika digoreng garing.
Dinamakan
ikan sebelah kerana bentuk badannya yang tidak penuh. Ikan sebelah menjadi
keadaan sedemikian dikatakan adalah sisa makan Nabi Musa yang tidak dimakan
habis dan kemudian hidup semula ketika Nabi Musa tertidur.
Jenis
ikan sebelah dikatakan ada beberapa jenis disebabkan banyak jenis ikan yang
dimakan Nabi Musa dan muridnya.
Kisah
tentang peristiwa ikan sebelah disebut di dalam al-Quran iaitu dalam surah
al-Kahfi, ayat 60 hingga 65.
“Dan
(ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti
(berjalan) sebelum sampai ke Pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan
sampai bertahun-tahun".
Maka
tatkala mereka sampai ke Pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan
ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.
Maka
tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya:
"Bawalah kemari makanan kita; Sesungguhnya kita telah merasa letih kerana
perjalanan kita ini".
Muridnya
menjawab: "Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu
tadi, Maka Sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak
adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu
mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali".
Musa
berkata: "Itulah (tempat) yang kita cari". lalu keduanya kembali,
mengikuti jejak mereka semula.
Lalu
mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami
berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya
ilmu dari sisi Kami.”
Berdasarkan
kisah itu, ikan sebelah juga dikenali ikan sisa nabi. Selain itu ikan sebelah
juga dikenali dengan nama ikan lidah.
No comments:
Post a Comment