Tuesday, 8 March 2022

PUNCA KEROSAKAN PELAPIK BREK KENDERAAN

 
Kenderaan yang ditengelami air banjir memang akan mengalami kerosakan yang bukan sedikit memerlukan wang untuk dibaiki.

Namun, kerosakan juga tidak terkecuali bagi kenderaan yang sekadar mengalami tenggelam sebahagian sahaja atau yang meredah air.

Banyak pemandu kenderaan ambil mudah soal kesan kerosakan kepada kenderaan selepas meredah air.

Selepas meredah air, jangan memandu laju kerana brek kenderaan perlu sedikit masa untuk kering. Bawa perlahan-lahan dan tekan brek beberapa kali untuk mengeringkan kawasan antara cakera dan pelapik brek.

Pastikan berjalan beberapa kilometer sebelum meletakkan kenderaan atau parking untuk tempoh lama. Ini bagi memastikan pelabik brek benar-benar kering.

Jika pelapik brek tidak benar-benar kering, ia akan membengkak dan kemudian akan tertanggal dari bahagian besi yang mengawal kedudukannya.

Seterusnya, ketika kereta digerakkan atau tayar berpusing, pelapik brek yang tertanggal boleh menghalang pusingan tayar.

Pelapik brek yang tertanggal itu perlu diganti baharu untuk kembali berfungsi.

No comments:

Post a Comment