Untuk
mendapatkan kekayaan, umat Islam mestilah berusaha dan bekerja. Manakala
pekerjaan yang dipilih itu pula mestilah pekerjaan yang halal agar kekayaan
yang bakal dimiliki akan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Dan tidak ada suatu binatang melata (makhluk yang
bernyawa) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia
mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya, semuanya
tertulis di dalam Kitab yang nyata (Luh mahfuz)". - (Surah Hud, ayat 6)
Islam
begitu menggalakkan usaha mencari rezeki dan ada diceritakan Sayidina Umar
al-Khattab pernah memarahi seorang pemuda sehingga beliau menghentakkan
tongkatnya.
Puncanya
kerana lelaki itu duduk sahaja di masjid pada waktu bekerja. Kata Umar, “Ini
waktu bekerja. Mengapa kamu duduk-duduk di masjid? Jangan sangka langit akan
menurunkan hujan emas!”
Hati
akan menjadi tenang sepanjang waktu bekerja jika dimulai dengan niat yang baik
dan semata-mata kerana Allah SWT.
Firman
Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud: "Katakanlah
Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah
untuk Allah Tuhan seluruh alam."
Kesibukan
mencari rezeki tidak boleh dijadikan penyebab untuk membolehkan kita
mengabaikan tuntutan Allah SWT. Jika ini benar-benar berlaku, maka kita akan
kerugian berpanjangan lebih-lebih lagi segala harta dimiliki sekarang hanyalah
pinjaman kecuali amal dan sedekah jariah.
No comments:
Post a Comment