Friday 29 April 2022

Ahli PCAK korbankan persiapan raya demi asnaf

 
Kebanyakan wanita pastinya akan menumpukan persiapan hari raya apabila sudah berada pada penghujung Ramadan. Membuat kuih, menghias rumah, menyediakan baju raya dan sebagainya.

Namun, perkara itu tidak menjadi perhatian ahli Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK). Sebaliknya, mereka lebih memberi tumpuan untuk terus menyatuni asnaf mengagihkan sumbangan dari satu tempat atau rumah agar ia dapat mengembirakan penerima.

Pada kesempatan lain, ahli PCAK berkumpul untuk menyiapkan bungkusan dan hamper untuk diagihkan kepada asnaf.

Semoga usaha murni mereka mendapat reda Allah SWT sebagai bekal di akhirat.

Anda juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment