Monday 11 April 2022

Sembang santai asnaf di Kampung Tanjung Mas

 
Membantu tidak hanya apabila memberi barangan atau wang. Kata-kata nasihat dan berkongsi pengalaman juga sesuatu yang boleh memberi manfaat.

Itulah yang cuba dilakukan oleh ahli Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) ketika mengunjungi golongan asnaf. Selain sedikit sumbagan berupa makanan kering kepada golongan asnaf yang disantuni, turut diberikan titpkan kata-kata nasihat dan semangat, serta berkongsi pengalaman.

Hari ini PCAK berkesempatan hadir di rumah seorang asnaf di Kampung Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan, keluarga yang mempunyai 12 isi rumah, enam daripadanya masih bersekolah.

Si bapa yang menjadi pemandu lori dan anak sulung kerja besi, cuba untuk memenuhi keperluan keluarga dengan ala kadar, namun masih banyak yang tidak mampu dipenuhi untuk kehidupan lebih baik.

Lebih memeritkan apabila terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada anak bongsi yang berumur dua tahun setengah yang menghadapi masalah saraf dan dikategorikan sebagai orang kelainan upaya.

PCAK berusaha membantu dengan dana sumbangan orang ramai. Justeru, PCAK mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memberi peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment