Friday 3 June 2022

LIBERAL DALAM BERBEZA PENDAPAT

 
Fahaman liberal adalah bersifat mementingkan kebebasan. Jadi, liberal dalam berbeza pendapat bermaksud setiap orang bebas menyatakan pendapat dan berpegang kepada pendapat masing-masing.

Dalam Islam memang wujud perbezaan pendapat. Sebab itu wujud mazhab. Ada empat mazahab utama, dan ada banyak lagi mazahab, paling kurang terdapat 12 mazahab yang berpengaruh. 

Biarpun dibenarkan perbezaan pendapat, banyak perkara sudah qatie (ditetapkan) seperti sifat Tuhan yang tidak boleh persoalkan. Begitu juga dalam hukum syarak dan ibadat puasa, solat dan mengucap dua kali syahadah. 

Walaupun ada pelbagai mazhab dalam Islam, perkara pokok seperti solat lima waktu, mengucap dua kalimah syahadah dan menghadap kiblat ketika bersolat, tidak pernah dipersoalkan. Hal itu jelas dan tidak ada perbezaan pendapat mengenainya.

Namun, golongan liberal telah melampaui dalam soal meliberalkan mengenai hukum dan perkara yang telah qatie. Mereka pada asasnya masih mengaku Islam dan melakukan perkara asas dalam Islam seperti solat, puasa. Mereka ini diresapi ajaran sesat.

Dalam mazahab memang wujud unsur liberal, tetapi bukan fahaman liberal seperti yang menyerang umat Islam sekarang. Mazahab liberal dalam soal cabang atau terdapat khilaf mengenai sesuatu hukum.  

Kalau yang sudah jelas hukumnya, contohnya tidak boleh berkahwin sesama jantina dan kedudukan lelaki sebagai ketua keluarga seperti yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan hadis, maka itu tidak boleh diliberalkan. Tidak boleh ada pendapat lain mengenainya.

Pemikiran liberal yang melihat hukum agama mengikut sisi pandang mereka untuk memuaskan nafsu dan melanggar ketetapan yang telah dibuat oleh Allah dan Rasulullah adalah terpesong dari maksud asal Islam membenarkan perbezaan pendapat. 

Apa yang jelas dan telah ditetapkan hukumnya, maka tidak ada lagi ruang untuk berbeza pendapat, melainkan selayaknya orang yang ingin berlainan pendapat dianggap melakukan dosa besar atas apa yang dilakukan itu.

Jika dalam hal berkaitan akidah, maka mereka telah mendustai agama dan cacatlah pegangan agama mereka.  

Contoh sikap liberal dalam Islam berkaitan khilaf mazahab ialah mengenai isu batal air sembahyang.

Bagi Mazhab Hanafi, lelaki sentuh wanita tak batal, Mazhab Shafie kata batal, Mazhab Maliki kata jika sentuh dengan syahwat batal. Dalam keadaan seperti ini boleh liberal seperti ketika mengerjakan tawaf di Baitullah, kita boleh ambil hukum mazhab Hanafi. 

No comments:

Post a Comment