Saturday 28 May 2022

VETERAN ATM KEKAL HEBAT

 
Kecoh di media sosial gambar dan video yang memaparkan veteran tentera berdiri di tengah panas semasa Sambutan Ulang Tahun Veteran ATM ke-100 pada 21 Mei lalu sehingga ada yang terpaksa duduk akibat faktor usia.

Veteren memang terdiri mereka yang sudah tua. Keupayaan memang tidak lagi segagah kepada masih dalam perkhidmatan.

Namun, semangat mereka masih kuat untuk mengimbau kenangan ketika dalam perkhidmatan dahulu.

Kehadiran mereka bukan dipaksa, sebaliknya atas kerelaan sendiri. Mereka berbangga dipilih menghadiri majlis tersebut.

Soal tidak mampu terus berdiri, mereka tidak dipersalahkan jika duduk atau terus keluar baris. Namun, mereka tidak melakukan, kecuali beberapa orang, kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan. Mereka hebat ketika masih dalam perkhidmatan, dan ini kekal hebat biarpun sudah menjadi veteran.

No comments:

Post a Comment