Saturday 21 May 2022

TELUR JERUK DIAWET GUNA GARAM

 
Telur masin atau dipanggil juga telur jeruk merujuk kepada telur diawet dengan menggunakan garam bagi mengekalkan ketahanannya.

Cara buat telur masin amat mudah. Jenis telur sesuai dijeruk ialah telur itik. 

Umumnya telur itik akan rosak setelah disimpan lebih 2 minggu di ruang terbuka. Kerosakan berpunca dari kotoran yang terdapat di lapisan kulit telur dan penurunan mutu telur disebabkan dengan kelembapan persekitaran.

Prinsip pengawetan telur adalah bertujuan untuk mencegah peranan bakteria serta keluarnya air dari dalam telur.

Justeru pengawetan telur penting untuk menjaga meningkatkan kualiti dan nilai tambah telur segar tersebut. Salah satu cara yang ekonomik ialah menjadikannya sebagai telur masin.

Telur itik dimasinkan juga atas alasan permintaan. Ada orang tidak berminat makan telur itik segar, tetapi peminat tegar telur masin, lebih-lebih lagi bahagian kuning telur.

Peminat telur masin sanggup membayar harga lebih mahal untuk mendapatkan telur masin.

No comments:

Post a Comment