Menyertai
Pemasaran Berbilang Peringkat (MLM) bukan jalan mudah mendapat kekayaan. Namun
MLM telah terbukti menghasilkan ribuan jutawan.
Mereka
yang berjaya menempuh perjalanan penuh liku sebelum berjaya. Mereka melakukan
secara bersungguh-sungguh dan ada matlamat untuk capai kejayaan.
Jadi,
jika ada menjanjikan kekayaan tanpa menaja, tanpa menjual, tidak perlu nilai
minima untuk layak dapat bonus, keuntungan dalam masa singkat dan pelbagai
janji manis, maka itu skim cepat kaya.
Hendak
menyertai MLM tidak perlu modal besar. Biasanya sekadar RM50 untuk pendaftaran
jadi ahli dan Kit Permulaan untuk dijadikan panduan dalam berniaga.
Jika kena
bayar beratus-ratus, malah ada sampai beribu-ribu hingga puluhan dan ratusan
ribu, itu sudah niaga benda lain. Banyak yang tertipu dan rugi.
Ingatlah, tiada jalan mudah untuk berjaya. Tetapi tidak ada
halangan untuk berjaya kepada mereka yang gigih dan tidak mudah menyerah kalah.
Berusahlah sehingga impian anda tercapai.
No comments:
Post a Comment