Friday 13 May 2022

BAHAYA BISA KENA GIGIT SEMUT CHARLIE

 
Namanya semut charlie, namun ia sebenar dalam kumpulan kumbang. Semut charlie juga dikenali semut semai dan semut kayap.

Ia mempunyai saiz kurang satu sentimeter panjang dan berwarna jingga serta hitam berkilat. Mempunyai sepasang sayap lut sinar, yang dilipat rapi. Jadi, sayapnya tidak kelihatan dalam keadaan biasa.

Kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa. Tidak menggigit atau menyerang manusia, mengeluarkan cecair racun berbisa.

Serangga itu boleh mendatangkan kesan kepada kulit manusia. Kesannya seperti kulit ditumbuhi kayap. Sebab itu ia juga dikenali semut kayap.

Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk mencegah daripada terkena serangan semut charlie termasuk menjauhkan serangga itu dari rumah kediaman.

Caranya dengan tutup semua pintu dan tingkap (termasuk tingkap tandas) pada waktu malam. Tutup lampu pada waktu malam untuk mengurangkan bilangan semut charlie memasuki rumah kerana semut ini tertarik kepada cahaya lampu pada waktu malam.

Bahagian yang terbuka perlu dipasang jaring halus untuk mengelakkan semut charlie masuk ke dalam bangunan atau rumah.

Sekiranya terjumpa semut charlie, jangan sentuh dengan tangan, elakkan cecair badan semut charlie terkena kulit kita kerana toksin pada cecair badan serangga itu boleh menyebabkan kulit melecur dan merah.

Gunakan alat untuk mencungkil atau tiup sahaja serangga tersebut. Jika dilihat atau cecair keluar dari badanya, pastikan cecair itu dibersihkan sepenuhnya.

Perlu memeriksa pakaian, cadar, selimut dan sarung bantal sebelum digunakan untuk memastikan semut charlie tidak ada di situ.

Jika terkena cecair toksin, segera basuh dengan sabun dan air yang banyak. Toksin 'pederin' ini menyerap kulit manusia dengan lambat. Oleh sebab itu pembersihan segera akan dapat mengurangkan kesan lebih buruk ke atas kulit.

Charlie ini mempunyai 'haemolymph' yang berfungsi seperti darah. Haemolymph ini mengandungi sejenis toksin yang dipanggil pederin. Toksin ini boleh menyebabkan kulit kemerahan, kegatalan dan melecur. Keradangan kulit disebabkan oleh charlie ini dinamakan 'Paederus dermatitis'.

Kebiasaannya serangga ini boleh ditemui di kawasan yang mempunyai takungan air seperti di kawasan paya, sawah padi, ladang kelapa sawit dan kawasan padang.

Semut charlie membiak di tumbuhan mereput dan akan berpindah ke kawasan kering jika berlaku hujan atau banjir.





No comments:

Post a Comment