Tuesday 9 August 2022

CARA TARIK PELANGGAN MEMBELI PRODUK

 
Aspek pemasaran amat penting bagi memastikan produk atau perkhidmatan menjadi pilihan pengguna. Banyak jenama gagal dipasarkan kerana bercerita tentang mengapa mereka perlu dipilih oleh pengguna dan menggunakan produk atau perkhidmatan mereka.

Sedangkan, pengguna sebenarnya perlukan jawapan kenapa jenama itu perlu dibeli dan bukannya jenama lain. Pengguna melihat iklan kerana ingin membuat pilihan. Rata-rata pengguna telah tahu fungsi produk. Jadi, pengguna ingin tahu adalah mengapa produk yang diiklankan itu lebih baik berbanding yang lain.

Pengguna kurang berminat mengetahui apa dan bagaimana menggunakan produk. Perkara itu boleh diketahui setelah pengguna membeli atau pengguna memang telah tahu tentang penggunaan sesuatu produk. Mereka ingin tahu kelebihan sesuatu jenama produk.

Maklumat perlu dijelaskan adalah mengapa produk itu perlu menjadi pilihan atau diguna. Ceritakan tentang kehebatan dan manfaat mengguna produk jenama berkenaan. Mengapa pengguna 'mesti' beralih kepada produk jenama itu berbanding produk jenama lain.

Kehebatan berkaitan lebih jimat, lebih berkesan, khidmat lepas jualan, lebih selamat, menggunakan sumber semula jadi dan tahan lama adalah antara perkara yang menjadi perhatian pembeli.  

No comments:

Post a Comment