Suami kongsi isteri dengan rakan atas alasan mencari kelainan dan kepuasan. Memang pelik, tetapi itulah yang berlaku di kalangan pasangan yang mengamalkan hidup bebas.
Kes sumbang mahram, seks bebas dan tukar
pasangan semakin terjadi dalam masyarakat. Ibu atau bapa melacurkan anak seawal
usia 10 tahun juga berlaku. Ibu bapa jenis apakah ini?
Semua kejadian ini berlaku akibat tiada
pegangan agama atau kurang didikan agama. Hukum agama tidak dipedulikan
asalkan dapat puaskan nafsu. Mereka tidak kira erti dosa dan pahala. Jauh sama
sekali untuk ambil kisah cemuhan masyarakat.
Hidup bebas seks berlaku yang berlaku dalam
masyarakat Melayu sudah seakan-akan seperti di negara Barat. Itu semua ajaran
sesat yang semakin menular dalam masyarakat kita.
Ini tidak termasuk kes abang ipar layan
nafsu adik ipar, adik ipar lelaki dengan kakak ipar perempuan, sumbang mahram
adik beradik dan sebagainya.
Ada yang kongsi bini dengan lelaki lain,
main dengan isteri rakan, main dengan isteri jiran, kongsi suami, adik main
kakak, bertukar pasangan suami isteri, suami jual isteri dan macam-macam
istilah yang menjijikkan.
Hidup tidak ubah macam alam haiwan, bahkan
lebih teruk. Binatang tahu menjaga pasangan masing-masing. Binatang akan
berlawan hingga mati semata-mata untuk mengelak jantan lain mendampingi
pasangannya.
Sebenarnya apa yang diketengahkan adalah
soal hubungan terlarang dalam keluarga. Perkara yang jijik, tetapi dianggap
seronok oleh mereka yang sudah bernafsu binatang.
Hubungan terlarang tidak berlaku jika
masing-masing menjaga batas hubungan. Ingat, hubungan keluarga dan tinggal
serumah bukan alasan untuk bergaul bebas.
Syaitan sentiasa menjadi orang tengah
menggalakkan maksiat. Syaitan yang diketuai iblis ingin kita menemaninya
di neraka. Syaitan mengajak manusia ingkar perintah Allah dan menjadi
sesat.
Antara yang perlu dijaga ialah soal batasan
aurat yang boleh menaikkan nafsu ghairah. Berpakaianlah dengan sopan biarpun
berada di dalam rumah sendiri. Jangan dedahkan bahagian mudah mengundang
ghairah pasangan berlainan jantina.
Sumbang mahram, selikuh dan seks terkutut
di dalam rumah mudah berlaku kerana tidak ada yang melihat. Ia tidak ubah
seperti pesta seks keluarga. Mereka menganggap rumahku syurgaku. Sedangkan
hakikatnya rumahku sudah menjadi nerakaku.
No comments:
Post a Comment