Wednesday, 5 October 2022

Kutip pucuk paku untuk sara keluarga

 
Bersyukurlah dengan kehidupan kita hari. Bersabar dan terus berusaha untuk kehidupan yang lebih. Kalau kita susah, ada lagi orang lain yang susah.

Di sini disalin kiriman Zarina Nawawi di dinding Facebook miliknya. Beliau seorang aktivis menjalankan kerja kemasyarakatan dan kesukarelawan. Semoga catatan ini menjadikan kita lebih insaf dan lebih bersyukur.

Kiriman pertama:

Saya dah mintak tukang untuk kira material yang perlu beli dan kos upah untuk ganti atap yang dah banyak bocor.

Rumah asnaf ibu tunggal kematian suami, anak 5 orang, 3 masih sekolah. Sulung perempuan 26 tahun sudah berkahwin anak 3.

Dia menyara anak-anak dengan kutip pucuk paku, kulat sisir.

Bekalan air cuma tadah air hujan selepas meter air dipotong sebab tak mampu bayar bil.

Bila kemarau mandi di sungai, rumahnya tepi sungai.

Saya nak ikhtiar masuk air balik kerumahnya, Insya-Allah nak kena bayar deposit lainlah agaknya pasang meter baharu, tak pasti lagi.

Infaq dah cukup, saya nak maklum saja ni pada orang yang sedekah khusus untuk baiki atap rumahnya.

Kiriman kedua:

Saya pergi kira zink nak ganti tadi boleh pulok gi berlenggang kangkong tak bawak apa-apa.

Padahal kebiasaanlah bawa buah tangan ke rumah asnaf. Bahana mamai pening tidur tak tidur sama banyak.

Petang tadi saya ke rumahnya sekali lagi bawa beras, telur, barang-barang dapur, biskut untuk anak-anak dia.

Rupanya dia ada anak OKU perempuan (pekak) sorang umur 12 tahun.

Ibu tunggal, miskin, rumah serba daif bocor sana sini, ada anak perempuan OKU, bekerja cari hasil pucuk kayu, kulat dalam belukar dan jual tepi jalan. 

Dan kita ada masalah secebis hujung kuku duk besar-besarkan masalah yang kecil. Kena selalu insafi.

Catatan: Tahniah Zarinah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu golongan asnaf. Semoga lebih banyak individu yang sudi membantu mereka yang memerlukan bantuan.

No comments:

Post a Comment