Eyo Hock Seng atau Pak Cu merupakan seorang tok dalang wayang kulit dan tukang karut (tok jogho) dikir barat di Kelantan. Beliau mula aktif dalam seni wayang kulit sejak berusia tahun dan diangkat sebagai tokoh Warisan Kebangsan Orang Hidup di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada tahun 2012.
Pak
Cu satu-satunya tok jogho berbangsa Cina dalam persembahan dikir barat, satu budaya unik dari Kelantan,
tidak janggal memperjuang seni dikir barat Kelantan.
Nama beliau memang terkenal dan sering kali tidak menang tangan untuk
mengadakan persembahan di serata tempat, termasuk di
luar negara, berasal dari kampung Chetok Pasir Mas.
Mengikut Pak Cu, ketika minatnya pada wayang kulit semakin bercambah, beliau
akan mengambil peluang menonton persembahan wayang kulit oleh tok dalang
terkenal, Karim Parido dan Dollah Baju Merah bersama rakan-rakan di setiap
tempat persembahan itu diadakan.
Setiap kali itu juga Pak Cu galak (penuh
minat) memerhatikan dengan teliti, watak dimainkan dalam pementasan itu
misalnya Sri Rama dan Hanuman.
Apabila pulang ke rumah, dia akan melukis
watak itu dan menghasilkannya menggunakan daun kayu. Selepas watak siap, dia bersama
rakan berbangsa Cina yang lain akan bermain seolah-olah berada dalam satu
pementasan wayang kulit.
Pak Cu pernah berguru dengan Hashim Isa
atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Asin.
Pada awalnya, Pak Cu bermula dengan bermain
alat muzik dalam pementasan wayang kulit sebelum dibenarkan menjadi Tok Dalang Muda
ketika usianya mencecah 14 tahun.
Selepas menjadi Tok Dalang Muda, barulah
guru mengatakan dia ada bakat untuk menjadi Tok Dalang Tua dan mengajar cerita
serta intonasi suara bersesuaian dengan watak sama ada kecil atau besar dan
lelaki atau wanita. Dia diangkat menjadi Tok Dalang Tua lima tahun kemudian.
Minat Pak Cu kepada seni wayang kulit
disokong penuh oleh kedua-dua orang tuanya yang mempunyai minat sama, malah
mereka turut membelikannya anak alat muzik dan anak patung wayang kulit.
Pak Cu menubuhkan kumpulan wayang kulit Sri Campuran
pada tahun 1977.
No comments:
Post a Comment