Wednesday 18 January 2023

PENGGUNAAN SENDI NAMA ‘DI DALAM’ DAN ‘DALAM’

 
Pengguna bahasa perlu tahu membezakan penggunaan frasa sendi nama "di dalam" dan kata sendi nama "dalam". Frasa sendi nama "dalam" ialah binaan yang terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa, manakala kata sendi nama "dalam" berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. 

Contoh penggunaannya:
- Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. (bukan: Juruacara di dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha)
- Pelajar yang lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu Muhammad Syafik. (bukan: Pelajar yang lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Muhammad Syafik)
- Cair di dalam mulut. (bukan: Cair dalam mulut)
- Suluh untuk melihat di dalam telinga. (bukan: Suluh untuk melihat dalam telinga)

No comments:

Post a Comment