Saturday 21 January 2023

PASAR WARISAN PENGKALAN DATU DAERAH SERING

 
Kampung Pengkalan Datu dikatakan antara penempatan awal yang wujud di sepanjang Sungai Pengkalan Datu yang pernah menjadi laluan utama kapal dari luar Kelantan untuk singggah atau menuju ke kota pemerintahan Kesultanan Kelantan dahulu seperti di Kota Jembal yang menjadi pusat pemerintahan awal kerajaan Kelantan.
 
Malah nama Kampung Pengkalan Datu adalah sempena ‘pengkalan’ tempat ‘datu’ turun atau naik kapal. Perkataan “datu” merupakan gelaran wakil Raja Patani.
 
Menurut sejarah, terdapat sebuah kota pada zaman dahulu yang dibina dengan kayu di belakang SK Sering. Sekarang tapak kota lama itu menjadi sebahagian Kampung Dalam Kota.
 
Kawasan jeti nelayan Kampung Pengkalan Datu, dipercayai menjadi pengkalan kapal dan perahu berlabuh pada masa dahulu.
 
Di kawasan tersebut dikatakan pernah menjadi pasar penduduk setempat yang rata-rata menggunakan sungai sebagai laluan pengangkutan menggunakan perahu.
 
Kini terdapat pasar yang dikenali Pasar Warisan Pengkalan Datu dibina di kawasan tersebut yang beroperasi pada setiap hari Selasa. 

Biarpun tidak dibuka pada setiap hari, kewujudan Pasar Warisan Pengkalan Datu dapat mengimbau kenangan tentang urus niaga yang pernah wujud di kawasan tersebut pada masa dahulu.

No comments:

Post a Comment