Thursday 5 January 2023

KERAJAAN PUSAT LAKSANA TANGGUNGJAWAB

 
Malaysia mengamalkan konsep persekutuan atau federalisme yang mana negeri-negeri berada di bawah satu pemerintahan berpusat atau dalam konep negara kita dipanggil Kerajaan Pusat.

Namun, bidang kuasa Kerajaan Pusat tidak sepenuhnya terhadap Kerajaan Negeri kerana ada bidang kuasa tertentu diserahkan kepada Kerajaan Negeri seperti soal tanah, hutan, sungai dan hasil galian.
 
Manakala itu, terdapat juga bidang tugas dikongsi bersama seperti pertanian, kesihatan, kebajian dan lain-lain. Kerajaan Pusat berkuasa penuh berkaitan pendidikan, keselamatan, hubungan antarabangsa dan lain-lain.
 
Kerajaan Pusat yang menjadi ‘bapa’ bertanggungjawab terhadap apa-apa keperluan dipinta negeri berkaitan keselamatan dan kebajikan rakyat di sesebuah negeri. Oleh itu, melalui kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Pusat yang berada di seluruh negeri akan berfungsi mengikut keperluan.   
 
Contohnya dalam soal bencana banjir. Agensi Kerajaan Pusat telah membuat persediaan berdasarkan SOP setiap kali tiba musim hujan. Operasi yang berkaitan dengan banjir akan terus digerakkan apabila berlaku banjir, tidak kira besar atau kecil.

Ketika orang lain tidak sedar lagi telah berlaku banjir di sesuatu tempat, agensi Kerajaan Pusat telah bertindak memberi bantuan. Contohnya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis dan sebagainya.
 
Jadi, tidak timbul soal perlu meminta bantuan Kerajaan Pusat, kerana memang tindakan menyelamatkan mangsa banjir telah dilakukan awal lagi. Jadi, jika dikatakan wujud diskriminasi terhadap penduduk di negeri pembangkang, maka itu adalah fitnah.
 
Agensi Kerajaan Pusat yang lebih berperanan untuk menyelamat dan menguruskan mangsa-mangsa banjir. Mereka melakukan tugas dan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan sifat kemanusiaan.
 
Itulah yang dikatakan konsep Persekutuan yang diamalkan di negara kita.

No comments:

Post a Comment