Bermula pasca Pilihan Raya UMUM Ke 14
(PRU-14), UMNO hilang kuasa sebagai peneraju kerajaan Malaysia. Pun begitu,
UMNO tidak lama berada di luar kerajaan sepenuhnya. Selepas 22 bulan pasca PRU-14,
UMNO kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan, biarpun bukan sebagai
peneraju.
Semangat ahli UMNO masih kuat untuk
berjuang. Mereka tahu apa kesan apabila UMNO tidak menjadi peneraju. Nasib Melayu
dan Islam kelam dan goyah tanpa UMNO.
Semenjak merdeka sehingga sekarang, UMNO
menjadi payung kepada Melayu dan Islam. Perjuangan itu tidak sia-sia apabila
Melayu dan Islam terus diperkasakan sepanjang tempoh pemerintahan UMNO.
Begitu juga dengan memperjuangkan kedudukan
bahasa Melayu dan Raja. Kedua-duanya terus berdiri teguh hasil perjuangan UMNO.
Ketika ada pihak cuba untuk melemahkannya, UMNO dengan tegas menentang segala
usaha keji itu.
Biarpun bukan pemimpin UMNO menjadi Perdana
Menteri, kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa
Dan Wilayah, ia sudah memberi sedikit ruang untuk UMNO terus berbakti. KEmenterian
Kemajuan Desa Dan Wilayah satu portfolio yang penting dalam pembangunan orang
Melayu dan Bumiputera.
Sesungguhnya, pemimpin UMNO dan seluruh
ahlinya bukan memikirkan tentang kedudukan nasib mereka apabila tidak menjadi
peneraju. Apa yang diberi perhatian ialah
tentang keupayaan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, Islam, Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.
Biarpun berada di dalam Kerajaan Perpaduan,
hakikatnya UMNO tidak boleh menguasai parti-parti lain dalam gabungan. Apa yang
boleh dilakukan hanya berperanan sebagai pengimbang terhadap PKR yang dianggap
liberal dan DAP yang dianggap chauvinis di mata orang Melayu.
Orang Melayu dan umat Islam di negara ini
masih trauma dengan apa yang berlaku selepas PRU-14, di mana PPBM yang menjadi
sebahagian daripada PH, malah menjadi Perdana Menteri pada masa itu, tidak
mampu melindungi kepentingan Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan Raja-raja
Melayu.
Ketika masih ada sebahagian pemimpin dan
ahli UMNO di peringkat akar umbi yang masih ragu-ragu dengan penyertaan UMNO
dalam Kerajaan Perpaduan, keadaan menjadi semakin baik apabila penerangan dan
penyampaian maklumat tentang rasionalnya UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
semakin difahami dan diterima ahli di akar umbi.
Apabila UMNO menjadi sebahagian Kerajaan
Perpaduan, suara UMNO untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam, serta Raja-raja
dan bahasa Melayu dapat disampaikan terus kepada kerajaan. Malah, hubungan
dalam kabinet dengan wakil DAP dapat meredakan isu Melayu dan agama Islam
biarpun mungkin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.
Sesungguhnya, amat jelas dan tegas Presiden
UMNO pada PAU yang lepas menyatakan komitmen UMNO dalam memperjuangkan nasib
bangsa dan mempertahankan agama tidak pernah berubah sama sekali.
Malah hingga hari ini, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan Islam dan kepentingan
Melayu melalui agensi-agensi di bawah kementerian yang dipimpin oleh menteri
UMNO. Semua ini dilakukan tanpa halangan atau bantahan dari rakan kongsi dalam
Kerajaan Perpaduan.
tentang keupayaan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, Islam, Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment