Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama dengan Pengasas dan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk. Musk juga adalah Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Tesla, Inc.
Turut serta dalam persidangan video bersama
Musk ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul
Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Anwar mengalu-alukan minat dan keputusan
pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke
Malaysia.
Anwar turut mengucap tahniah dan dukungan
Kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama
kenderaan elektrik Tesla milik Elon Musk di Selangor pada tahun ini.
Malaysia akan terus memperkasa komitmen
dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’
seawal-awalnya pada tahun 2050.
Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem yang
komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga
bersih termasuk mobiliti elektrik.
Anwar dan Musk turut berbincang berkenaan
penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat
menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di
kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang
minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.
Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan
dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi
teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan.
No comments:
Post a Comment