Aku
merupakan seorang staff Kementerian Kesihatan Malsyaia yang dah beberapa bulan
ditukarkan ke sebuah Klinik Kesihatan. Sebelum ni, aku berkhidmat di sebuah
Hospital Besar.
Dan
aku, sebagai mana majoriti orang lain, mesti beranggapan yang Sexually
Transmitted Diseases (STD) ini banyak berlaku di bandar-bandar metropolitan
yang mana anak-anak mudanya bergaul bebas.
Dan
memang kami ada menerima banyak kes kes STD sepanjang berkhidmat di hospital,
terutamanya di klinik harian dan kecemasan.
Awal
tahun ni, aku ditukarkan ke sebuah klinik kesihatan di ceruk kampung. Kawasan
petempatan terancang. Tidak perlulah sebut nama kampung itu,
Semua
penduduk ialah orang Melayu dan beragama Islam.
Awal
aku dapat kes STD pertama, seorang lelaki muda. Hensem dan sasa. Agak kekok
meneruskan bicara dan memohon untuk berjumpa staf lelaki.
Tapi
disebabkan waktu itu satu-satunya staf lelaki bercuti panjang, pesakit membawa
diri keluar dari bilik. Katanya dia akan datang pada masa lain.
Dua
hari kemudian, lelaki yang sama kembali ke bilik aku. Berkerut dan
berpeluh-peluh wajahnya menahan sakit.
Puas
berdolak dalik, dia akhirnya berterus terang, “Tempat kencing saya sakit. Bila
kencing pedih sangat-sangat!”
Aku
menyuruh dia menanggalkan seluar untuk diperiksa. Sebaik sahaja ditanggalkan,
satu bilik berbau busuk yang amat sangat.
Aku
lihat alat kelaminnya amat bengkak, mengelupas dan bernanah.
Sampel
darah diambil, pesakit yang masih “teruna” bersumpah bahawa dia tidak pernah
melanggani perempuan seumur hidupnya.
Dia
malah marah-marah dan membentak, kata aku memfitnahnya.
Aku
mati kata, pesakit mengugut untuk keluar dari klinik. Takkan aku nak biarkan
dia tanpa rawatan.
Jadi
aku menelefon farmasis, bertanyakan keberadaan ubat intravenous (ubat cucuk)
untuk penyakit STD ini – Gonorrhoea.
Farmasis
berkata tiada. Mereka tidak pernah menyimpan ubat itu di klinik. Al-maklumlah,
klinik kecil sahaja.
Aku
ceritakan isu sebenar kepada cik farmasis yang sentiasa ceria suaranya, aku
ceritakan sepenuhnya akan kemungkinan pesakit melarikan diri atau menolak
rawatan sekiranya dirujuk ke klinik lebih besar atau hospital.
Dia
faham dan mohon masa untuk berunding dengan pegawai atasannya. 10 minit
kemudian, 10 minit yang menyeksakan menahan bau, farmasis menelefon, pertama
kali ku dengar suaranya serius, dia memohon aku merujuk kes ke pakar di
hospital berdekatan melalui panggilan telefon.
Sekiranya
pakar bersetuju, dia sendiri akan memandu ke farmasi hospital tersebut untuk
mendapatkan ubat tersebut.
Aku
bersetuju dan alhamdulillah, pakar pun bersetuju untuk memberikan suntikan
tersebut.
Aku
lihat farmasis kemudiannya memecut kereta keluar dari pagar klinik hampir 10
minit sebelum waktu “lunch hour”.
“Habis
la lunch hour budak tu!”, getus aku dalam hati kerana hospital itu hampir 1 jam
juga jarak perjalanan sehala.
Pesakit
aku suruh berehat di bilik kecemasan dan kali ini dia tidak membantah. Aku
mulakan suntikan IV air garam dan ubat tahan sakit untuknya terlebih dahulu.
Petang
tersebut, ubat pun sampai dan terus aku berikan kepada pesakit. Dia nampak
lebih tenang kali ini namun bicaranya masih sama, bersumpah bahawa dia tak
pernah “berbuat jahat” seumur hidupnya.
Aku
mengalah dan memberikan dia beberapa ubat untuk dimakan di rumah. Aku pesan
kepada dia untuk kembali ke klinik selepas beberapa hari.
Esok
harinya, keputusan darah keluar, pesakit positif HIV. Saat kukhabarkan berita
itu kepadanya, teresak-esak dia menangis.
“Sebenarnya,
saya gay!”, katanya.
Jawapan
yang sudah aku agak. Aku bertanyakan perihal “sexual partners” beliau.
Ramai
katanya. Ramai sangat. Aku menyarankan pesakit menyuruh semua “rakannya” itu
menjalani ujian darah. Meriahlah klinik kami selepas itu untuk ujian HIV.
Dan
jumlah lelaki yang datang untuk ujian tersebut ramai, hampir 30 orang. Semuanya
pernah “bersama” dengan pesakit aku itu.
Dan
yang paling menyedihkan, pesakit termuda baru berumur 21 tahun 3 bulan.
Katanya, pernah bersama berpuluh kali sejak usianya belasan tahun.
Namun,
hanya seorang lagi dari mereka itu yang positif. Dari mana punca pun tiada siapa
yang tahu.
Masing-masing
“lost track” akan identiti dan jumlah sexual partner mereka.
Entahlah,
bila berlaku kes ini. Aku amat terkejut dan sedih. 30 orang bukannya sikit.
Ini
bukan kes terpencil. Hampir satu kampung. Majoritinya pula sudah beranak bini.
Maka kenalah dibuat juga pemeriksaan terhadap isteri mereka.
Aku
tertanya-tanya, di mana silapnya. Dan aku tergerak untuk menulis ini sebab pagi
tadi ada seorang budak lelaki 16 tahun datang untuk mendapatkan rawatan.
Dia
diiringi farmasis ke bilik aku selepas membuat hal di farmasi, mendesak supaya
diberikan antibiotik untuk “lawas kencing” seperti yang dicadangkan oleh
“sahabat baiknya”. Dan selepas aku periksa, ya, STD sekali lagi.
Aku
tidak boleh tidur malam menunggu keputusan ujian darah budak tu. Harap harapnya
negatiflah. Aku tidak sanggup membuka buku siasatan yang baru dan menemui lebih
ramai lagi golongan ini.
Aku
tak sanggup!
Tulisan
di atas telah dikongsikan di media sosial. Ia telah mendapat reaksi warganet.
Antara yang telah menulis:
Jauharah
Kasim –
Ada pesakit kami, ada penyakit kelamin, katanya dirogol oleh perempuan. Bersabar ajelah.
Setelah
mendapatkan rawatan beberapa kali, akhirnya mengaku ada pasangan sejenis.
Khairul
Azizi –
Biarkan, golongan ni dinasihat cara elok pun, nanti orang yang bagi nasihat kena hentam balik.
Dia
ada komuniti diorang sendiri. Penyakit yang diorang terima memang bala dan
peringatan paling keras untuk diorang bertaubat.
Cuma
tu lah, sejenis yang dah berumah tangga tu sedih sangat pasangan dia. Golongan
ni memang dah membarah dalam masyarakat..
Azimah
–
Saya pernah diserang dengan pensyarah saya, which is of course bukan Islam.
Katanya,
LGBTQ bukan salah satu punca menyebabkan HIV. Saya argue byk kali sampai saya
kena pulau satu kelas.
Rasa
kesal. Rasa malu. Rasa sedih dan depressed.
Last
sekali, saya report dekat Dekan dan pensyarah tu kena gantung 1 tahun tak boleh
mengajar.
Saya
tidak rasa benda tu macam ‘padan muka’. Tapi saya sedih pendidik yang saya
sanjung untuk menuntut ilmu mempunyai pemikiran macam tu
Farhan
Gibrani –
Perempuan pun ramai. Berselindung di sebalik hubungan “adik angkat, kakak angkat, mak angkat, anak angkat”.
Membongak
je semua tu, kalau asyik berkepit ke mana-mana berdua, makan sepinggan, kereta
kongsi bayar, beli apa apa bayar sekali, pin ATM pun tau... Ha, itu songsang le
tu.
Tak
payah tengok la tudung selabuh mana pun, sembahyang cukup sekali pun, kalau ada
je point yang aku tulis tu, songsang.
Kalau
muda, boleh kata belum matang... Yang tua pun ada oii. Masih tak sedar-sedar...
Ibnu
Husin –
Harap artikel ni viral. Biar masyarakat sedar betapa ramai golongan sebegini di kalangan kita.
Aini
Shariff –
Yang berada di bidang kesihatan mungkin sudah tidak terkejut lagi.
Tapi
perasaan yang ada, adalah sedih. Sedih sangat-sangat.
Sedih
kerana majoriti adalah bangsa kita yang di dalam IC beragama Islam. Inilah
dunia akhir zaman.
Semoga
Allah melindungi keluarga kita dari dugaan sebegini!
Disalin
dari media sosial.
Ada pesakit kami, ada penyakit kelamin, katanya dirogol oleh perempuan. Bersabar ajelah.
Biarkan, golongan ni dinasihat cara elok pun, nanti orang yang bagi nasihat kena hentam balik.
Saya pernah diserang dengan pensyarah saya, which is of course bukan Islam.
Perempuan pun ramai. Berselindung di sebalik hubungan “adik angkat, kakak angkat, mak angkat, anak angkat”.
Harap artikel ni viral. Biar masyarakat sedar betapa ramai golongan sebegini di kalangan kita.
Yang berada di bidang kesihatan mungkin sudah tidak terkejut lagi.
No comments:
Post a Comment