Vitamin B kompleks bukan sejenis vitamin,
tetapi ia adalah kumpulan beberapa jenis vitamin B yang disatukan di bawah vitamin
B kompleks. Mereka memerlukan satu sama lain untuk bertindak dengan lebih
berkesan.
Namun tubuh kita tidak menyimpan
vitamin-vitamin B ini kerana ia mudah larut dalam air. Ia menyebabkan air
kencing berwarna kuning. Jadi kita harus mengambilnya dalam makanan, jika tidak
mencukupi ia perlu diambil melalui pemakanan tambahan.
Vitamin B kompleks sangat baik untuk
kesihatan saraf dan ia dikatakan sebagai pemakanan yang membantu mengurangkan tekanan
perasaan.
Banyak pakar pemakanan yang mencadangkan
agar mengambil pemakanan tambahan vitamin B kompleks ini, yakni bukan hanya ambil
salah satu vitamin dari kumpulan B kompleks ini kerana setiap vitamin ini
saling berkait rapat dalam tugas mereka.
Ia membantu menguatkan fungsi saraf selain
membantu menghasilkan sel darah merah.
Mereka yang kekurangan vitamin B-12 dalam
tubuh badan mereka lebih berisiko untuk mengalami masalah saraf dan masalah
neuropati.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin
B-12 boleh membantu mengurangkan rasa sakit akibat neuropati diabetes.
Pemakanan tambahan vitamin B-12 adalah
selamat untuk diambil oleh pesakit diabetes dengan mengikuti arahan pengambilan
yang betul.
Selain daripada vitamin B-12, jenis vitamin
B yang lain juga boleh membantu dalam mengurangkan simptom neuropati diabetes.
Ini termasuklah vitamin B-9 atau folat, vitamin B-6 dan juga vitamin B-1.
No comments:
Post a Comment