Pesakit kencing manis yang teruk berdepan
dengan kemungkinan kakinya terpaksa dipotong untuk mengelak kesan yang lebih
teruk. Oleh itu, pesakit kencing manis perlu berusha untuk mengurangkan gula
dalam darah dengan cara mengurangkan kadar pengambilan gula dan karbohidrat.
Individu mengalami diabetes dalam tempoh panjang dan kandungan gula dalam
darah tidak dikawal menyebabkan kerosakan saraf dan kaki menjadi kebas serta
tidak berasa sakit, biarpun kaki sudah terluka.
Kerosakan saraf pada kaki juga bermakna
aliran darah yang membawa zat dan bekalan oksigen terganggu. Tanpa pengaliran
darah yang baik, luka di kaki akan lambat atau tidak akan sembuh. Luka yang
tidak dirawat dengan baik akan berisiko mendapat jangkitan seterusnya mengancam
nyawa.
Ramai pesakit diabetes yang sering mengadu
kebas-kebas kaki. Fenomena ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai
‘diabetic neuropathy’. Diabetic neuropathy adalah antara komplikasi diabetes
disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa
kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan.
Kebas, rasa panas, berdenyut-denyut dan
rasa sakit di lengan, paha, tangan atau kaki antara tanda biasa penyakit
neuropati diabetes atau kerosakan saraf.
Kira-kira 60 hingga 70 peratus penghidap
diabetes mempunyai beberapa jenis kerosakan saraf.
Walaupun paras gula darah anda normal atau
anda menghidapi pradiabetes (mereka yang mempunyai paras glukosa tinggi tetapi
tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai penghidap diabetes), tidak
terlalu awal untuk mula memberi perhatian kepada saraf kerana kerosakan saraf
boleh bermula seawal peringkat pra-diabetes lagi.
Neuropathy ini sukar diubati tetapi
penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk.
Diabetic neuropathy yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi
melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan lambat laun
boleh menyebabkan berlaku amputasi.
Ini kerana apabila berlaku kebas pada kaki,
anda tidak akan dapat merasa sakit pada luka atau jangkitan pada
kaki.
Pastikan anda sentiasa mengawal kandungan
gula dalam darah dengan memakan ubat diabetes yang disyorkan doktor dan pada
masa yang sama amalkan pemakanan yang baik. Ini dapat membantu
mengurangkan rasa kebas pada kaki atau tangan.
No comments:
Post a Comment