Monday 25 September 2023

PN hilang kerusi Parlimen Kemaman

 
Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
 
Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya oleh calon BN Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.
 
Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa PRU15.
 
Bagaimanapun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.
 
Anselm Charles Fernandis telah menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang telah diagihkan semasa tempoh berkempen PRU-15 untuk meraih undi kepada Che Alias.
 
Mahkamah mengarahkan kos sebanyak RM30,000 untuk dibayar oleh responden kepada pempetisyen.
 
Gambar – Che Alias Hamid (Bernama)

No comments:

Post a Comment