Monday 9 October 2023

MASJID MUKIM KEROH, KUALA KRAI, KELANTAN

 
Masjid Keroh, Kuala Krai menjadi pilihan pengguna jalan raya Kota Bharu – Kuala Krai untuk dijadikan tempat menunaikan sembahyang dalam musafir. Ia terletak kira-kira 60 kilometer dari Kota Bharu dan hanya kira-kira 12 kilometer dari pekan Kuala Krai.
 
Masjid Keroh terletak di sebelah kanan laluan utama Kota Bharu – Kuala Krai. Ia menjadi tumpuan pengguna jalan raya menuju ke selatan terutamanya ke Kuala Lumpur atau Lembah Kelang untuk bersembahyang sebelum meneruskan perjalanan. Ia juga menjadi pilihan dalam perjalanan balik untuk bersembahyang jamak dan qasar sebelum sampai di destinasi masing-masing.
 
Banyak orang menjadikan Masjid Keroh kerana berasa selasa dengan kemudahan yang disediakan. Selain kawasan tempat letak kenderaan yang luas, disediakan wakaf untuk berehat, selain kemudahan tandas yang selesa. Juga disediakan air bertampis yang selamat untuk diminum.
 
Memandangakan Masjid Keroh menjadi kunjungan ramai, terdapat kemudahan infrastruktur perniagaan untuk usahawan tempatan disediakan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Sebanyak enam unit ruang niaga kios disediakan dan diserahkan kepada pihak Masjid Mukim Keroh untuk pengurusan.
 
Projek ruang niaga kios ini merupakan sebahagian daripada projek Rancangan Malaysia ke-12 di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan melalui PKINK.  Projek ini memberi peluang kepada penduduk setempat menjana ekonomi perniagaan, selain memberi peluang kepada pengunjung membeli barang atau keperluan yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment