Di
sekeliling kita terdapat banyak orang memerlukan bantuan. Maka hulurkan bantuan
dalam apa bentu sekalipun sekadar termampu. Besar pahala mereka yang membantu
orang lain.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan bandingan orang yang membelanjakan hartanya kerana
mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang
timbul daripada jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi,
yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia
tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk
menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu
lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 265)
Mereka
yang menerima bantuan pula perlulah bersyukur dan berterima kasih. Jangan ada
perasaan iri hati jika bantuan yang diterima tidak sama dengan orang lain.
Satu
fenomina tidak baik apabila timbul perasaan tamak untuk mendapat sumbangan
lebih. Keadaan ini berlaku ketika berlaku bencana apabila ada banyak pihak menyumbangkan
sumbangan.
Ada
penerima berebut-rebut ketika menerima bantuan, sehingga mengambil lebih
daripada apa yang sepatutnya.
Sikap
tamak perlu dihindari. Sesungguhnya manusia boleh jadi lupa untuk mensyukuri
nikmat Allah tatkala mendapat nikmat yang banyak.
Firman
Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan sememangnya sedikit sekali di antara para hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah Saba’, ayat 13)
Jangan
lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghulurkan bantuan. Perkara
ini meskipun kelihatan kecil, tetapi ia dapat menyuburkan rasa kasih sayang
sesama insan. Kebaikan yang dilakukan orang yang menghulurkan sedekah perlu
dihargai kerana mereka adalah golongan yang diiktiraf kebaikannya di sisi
agama.
Sabda
Rasulullah SAW: “Tangan yang di atas (orang yang bersedekah) lebih baik
daripada tangan yang di bawah (orang yang menerima sedekah).” (Hadis
riwayat Muslim dan Bukhari)
Bagi
yang tidak layak menerima bantuan pula, usah meminta-minta sehingga boleh
menjatuhkan air muka sendiri. Jangan sesekali mengambil sesuatu yang diri sendiri
tidak berhak menerimanya.
Jika
ada pihak yang menghulurkan sumbangan maka ambil namun jangan sesekali
meminta-minta. Perbuatan meminta boleh dikira sebagai satu usaha untuk
mendapatkan sesuatu yang dihajati, tetapi meminta-minta merujuk kepada perbuatan
meminta dalam keadaan diri tidak layak serta mempunyai unsur paksaan.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Seseorang yang selalu meminta-minta kepada orang lain,
maka pada hari kiamat dia akan menghadap Allah dalam keadaan tiada sekerat
daging sama sekali di wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya
amalan menghulurkan bantuan kepada sesama insan dapat mengeratkan lagi hubungan
manusiawi yang akhirnya menatijahkan kehidupan yang harmoni dan diberkati
Allah.
No comments:
Post a Comment