Catatan
oleh seseorang di laman sosial:
Semenjak
Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia, kewujudan PAS sudah berubah. Malahan,
semua mengetahui bahawa perubahan PAS itu amat ketara. PAS yang dulu, bukan
lagi PAS yang sekarang.
Dahulu,
tiada slogan matang dan sejahtera, PAS tidak kelihatan mesra UMNO/BN. Namun
berubah selepas kemangkatan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz, slogan matang
dan sejahtera mula dimainkan, dan PAS pula kelihatan semakin mesra UMNO/BN.
Atas
alasan matang dan sejahtera, PAS menampilkan dirinya seakan-akan berseteru
dengan warga bukan Melayu.
Jika
dahulu, keris dijulang oleh UMNO dalam majlis rasmi mereka, Tok Guru Nik Abdul
Aziz selalunya mengeluarkan kenyataan menolak amalan perkauman.
Namun,
semenjak slogan Matang dan sejahtera lahir selepas kemangkatan Tok Guru Nik
Abdul Aziz, keris dan sundang sudah dijulang oleh Presidennya sendiri dalam
majlis rasmi.
Tidak
ada siapa yang dapat nafikan, bahawa semenjak slogan matang dan sejahtera,
ugutan kalah oleh PAS hampir tidak keluar lagi terhadap UMNO/BN.
Yang
ada pula, ugutan kalah terhadap sesiapa sahaja yang melawan BN, malahan menjadi
agenda slogan matang dan sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS.
Semenjak
dua ini, kelihatan PAS jadikan Parlimen Permatang Pauh sebagai serangan PAS.
Namun, atas alasan matang dan sejahtera, tidak hairan pada kala ini hampir
tidak kedengaran langsung serangan terhadap Parlimen Pekan yang diketuai bapa
GST, Najib Abdul Razak.
Atas
alasan matang dan sejahtera, PAS seakan-akan kabur bahawa sebarang tindakan
mereka pada hari ini banyak memberi keuntungan kepada UMNO/BN.
Ekoran
itu, walaupun mereka tidak mengakuinya, tetapi dari sudut tindakan PAS
kelihatan seakan-akan redha dengan tekanan kehidupan rakyat Malaysia yang
terbeban dengan GST, seakan-akan redha imej negara rosak atas isu 1MDB,
seakan-akan redha dengan peluang pekerjaan rakyat semakin merosot dan banyak
lagi kebobrokan yang sedang menimpa negara.
Lebih
menarik untuk diperhatikan, bahawa mereka seakan-akan tidak suka andai ada
pihak yang berlawan dengan UMNO/BN, lawan GST, lawan 1MDB, lawan penyelewengan
felda dan banyak lagi. Malahan, seakan-akan PAS anggap pihak ini seperti musuh.
PAS
seakan-akan tidak bersetuju andai ada "orang-orang berdosa" membantu
dalam usaha melawan GST dan 1MDB. Seakan-akan mereka tidak anggap imej negara
yang dirosakkan oleh UMNO-BN ini seperti berdosa.
Sedarkah
PAS, bahawa mereka bukanlah kalangan yang suci, walaupun tindakan menampilkan
mereka seakan-akan suci. Malahan, andai mereka membaca wahyu, pasti mereka
sedar bahawa Islam mengajar bahawa melawan kejahatan itu adalah baik, walaupun
ia dari orang jahat; mendokong kejahatan adalah jahat walaupun ia datang dari orang
yang digelar baik.
Peliknya,
mereka seperti tidak sedar apabila mereka mendakwa bahawa mereka adalah
golongan yang melakukan pembaikan negara, sedangkan hakikat tindakan mereka
memberi keuntungan kepada UMNO BN yang sedang merosakkan negara.
Catatan
ringkas penulis:
Islam
menyuruh menyeru kepada perpaduan bukannya menimbulkan kebencian.
No comments:
Post a Comment