Masjid Mukim Bukit Bunga tersergam
indah yang menjadi kebanggaan anak mukim. Pengasas masjid ini dikenali sebagai
Pak Teh Lah. Imam yang pertama masjid ini dikenali dengan panggilan Che Pa.
Tanah ataupun tapak masjid ini
dipercayai telah diwakafkan oleh seseorang. Masjid ini digunakan untuk para
jemaah bukan sahaja oleh penduduk Bukit Bunga tetapi digunakan oleh pnduduk
beberapa kampung bersebelahan
Binaan masjid ini berbentuk segiempat
dan mempunyai dua kubah dan satu menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni
khat..Terdapat juga tullisan kalimah Allah dan juga ayat-ayat suci Al-Quran di
dinding depan ruang solat.
Selain kegunaan penduduk setempat untuk menunaikan solat dan aktiviti keagamaan, masjid ini jadi tumpuan pengguna Lebuh Raya Timur Barat untuk berhenti sembahayang dan berehat.
Selain kegunaan penduduk setempat untuk menunaikan solat dan aktiviti keagamaan, masjid ini jadi tumpuan pengguna Lebuh Raya Timur Barat untuk berhenti sembahayang dan berehat.
Kedudukan masjid berhampiran jalan
dan tempat letak kenderaan yang luas menarik minat musafir singgah sekejap di
itu untuk melaksanakan tuntutan agama di samping melepas lelah seketika sebelum meneruskan perjalanan.
No comments:
Post a Comment