Saturday 25 September 2021

KAMPUNG GUNA NAMA ‘PAUH’ DI BACHOK

 
Buah mangga sejenis buah yang terkenal di negara kita. Dalam dialek Kelantan, buah mangga dipanggil buah pauh.

Banyak tempat di Kelantan dinamakan ‘pauh’ yang memberi gambaran bahawa buah tersebut terkenal sehingga dijadikan sebagai nama kampung.

Tetapi, catatan ini hanya akan menyenaraikan nama tempat atau kampung yang menggunakan nama ‘pauh’ di jajahan Bachok.

Antara nama ‘pauh’ yang terkenal di jajahan Bachok ialah Kampung Pauh Lima dan Kampung Pauh Sembilan. Banyak orang tertukar antara kedua-dua kampung tersebut.

Tanjung Pauh pula adalah salah satu nama daerah dalam jajahan Bachok.

Nama ‘pauh’ juga digunakan untuk Kampung Pauh Jabit dan Kampung Banggol Pauh.

Di Gunung, terdapat satu kampung yang cukup terkenal ialah Kampung Pauh Butut. Nama kampung tersebut diambil sempena sepohon pokok pauh yang batangnya besar dan ada banyak bonjol terbentuk. Pokok tersebut dipercayai sudah berumur lebih 200 tahun.

No comments:

Post a Comment