Friday 1 October 2021

KAMPUNG PANTAI SABAK LOKASI PERUSAHAN KEROPOK

 
Kampung Pantai Sabak sejak dari dahulu telah terkenal sebagai lokasi pendaratan ikan segar. Banyak penduduknya menjadi nelayan.

Maka, tidak hairan jika ada penduduk yang mengambil kesempatan untuk membuat keropok keping.

Bahan utama membuat keropok keping ialah ikan. Biasanya ikan tamban beluru dan ikan selayang digunakan untuk membuat keropok keping. Bahan lain digunakan ialah tepung sagu.

Bermula hanya secara kecil-kecilan sejak puluhan tahun dahulu, kini ada yang menjadikan aktiviti membuat keropok keping sebagai satu perusahaan kecil dan sederhana yang bukan sahaja melibatkan pekerja di kalangan ahli keluarga, tetapi juga menggajikan penduduk kampung.

Ia secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada suri rumah untuk menambah pendapatan keluarga.

Keropok kecil yang dihasilkan dijual kepada pemborong yang kemudian menjual kepada peruncit seluruh negeri.

Sekarang ini, keropok keping juga banyak dipasarkan secara dalam talian yang memudahkan pembeli mendapatkannya biarpun berada di mana-mana.

No comments:

Post a Comment