Sunday 4 December 2022

KUALA LIPIS BEKAS IBU NEGERI PAHANG

 
Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur.
 
Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km2) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands.
 
Pada tahun 1898, ibu negeri Pahang adalah Kuala Lipis, sehingga pada tahun 1955 apabila ia dipindahkan ke Kuantan dan kekal sehingga sekarang.
 
Sebelum era pemerintahan British di Tanah Melayu pada tahun 1887, Kuala Lipis pernah menjadi pusat perlombongan emas pada ketika itu. Semasa era pemerintahan British pula, terdapat beberapa bangunan telah dibina antaranya SMK Clifford, Pahang Club, Rumah Residen British (kini telah menjadi hotel dan muzium) dan sebagainya.
 
Pada 1924, British telah membina landasan kereta api membuatkan bandar ini semakin maju dan membesar.
 
Namun pada 1955, selepas pemindahan ibu negeri Pahang ke Kuantan, pembangunan Kuala Lipis telah terhenti pembangunannya pada masa itu. Sekarang Kuala Lipis merupakan peringatan peninggalan zaman pemerintahan British.
 
Nama “Lipis” adalah dipercayai diambil daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Serau Lipis. Disebabkan lokasi bandar ini yang terletak di kuala Sungai Lipis, maka ia dinamakan sebagai Kuala Lipis.
 
 

No comments:

Post a Comment