Wednesday 31 July 2024

MINYAK MASAK JENAMA SOFEA

 
Minyak masak jenama Sofea keluaran usahawan negeri Perak masuk pasaran. Produk yang dikilangkan Kemasik Oil. Sdn. Bhd. (Kemasik Oil) itu beroperasi di kilangnya di Sungai Siput (U) dekat Kuala Kangsar.
 
Minyak masak Sofea dipasarkan dalam bentuk peket 1 kilogram (kg) dan botol 1, 3 dan 5kg.
 
Jenama Sofea mampu menjadi pilihan pengguna kerana mempunyai pensijilan halal selain pengiktirafan kebersihan kilang daripada pihak berkuasa.
 
Buat permulaan tumpuan untuk pasaran di dalam negeri Perak khusus di kedai-kedai runcit dan premis makanan.
 
Pada masa sama, syarikat juga telah menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) negeri Perak bagi meluaskan pemasaran.

No comments:

Post a Comment