Thursday 8 August 2024

SIMULAN BAHASA "MENARA GADING" BERMAKSUD TETEK PEREMPUAN

 
Kontroversi makna simpulan bahasa "menara gading" yang bermaksud "tetek perempuan" atau "payu dara perempuan seperti disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama.

Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).

No comments:

Post a Comment