Aku
lalu satu laluan motosikal di sebuah plaza tol. Aku menunggang motor skuter
dengan standard abah-abah dan dengan yakin aku tempuh sekatan jalan polis yang
ada di depan.
Tiba-tiba
seorang pegawai tahan aku dan minta aku
behenti di tepi. Dia semak Lesen Memandu dan Cukai Jalan aku.
Aku
tengok lama mata dia memerhati atas bawah depan belakang. Nampaknya macam
sedang mencari sesuatu.
Polis:
Encik tahu apa kesalahaan encik?
Ambo:
Apa ya tuan?
Polis:
Tu... tali keledar tidak klip kemas.
(Patutlah
dia memerhati lama, rupanya sedang cari kesalahan)
Ambo:
Saya mohon maaf tuan. Saya tak perasan dan lupa kemaskan tuan.
Pastu
dia senyap lama. Aku tengok dia dok keyin benda pa ntah dalam mesin.
Tiba-tiba
bunyi.."Treett.. "! terus dia koyak surat cinta. Allahu. Sedihnya.
Aku
sedih bukan sebab aku kena saman. Bukannya aku tak ada duit. Setakat nak bayar
saman tu Insya Allah. Aku ada.
Tapi
yang aku sedih, pegawai tu seorang Melayu. Dari pemerhatian aku yakin dia
seorang bapa budak dan juga suami orang.
Kenapa
tak gunakan budi bicara atau nasihatkan pesalah supaya tak ulangi kesalahan
sebelum saman. Kalaulah ada keluarga yang betul-betul susah. Nak makan pun tak
cukup. Inikan pula nak bayar saman.
Lagipun
itu kan kesalahan kecil. (Bagi aku lah).
Aku
bukannya ubah suai motor aku secara melampau. Cermin sisi ada, nombor plat ikut
spek, ekzos standard, lampu semua hidup, cukai jalan hidup, lesen ada siap
gambar hensem lagi.
Lagipun
klip topi kalendar aku ni memang bermasalah sikit. Kadang-kadang tercabut
sendiri.
Mereka
yang ada kuasa.
Tolonglah..Dalam
waktu susah-suah dan pandemik covid19 ini. Ramai yang terkesan.
Kalau
boleh gunalah kuasamu untuk menolong rakyat. Kalau pemimpin sedang berbalah
rebutkan kuasa, kita yang marhaen dan ada seciput kuasa ni bantulah sesama
kita. Gaji kita ni hanya cukup-cukup makan.. tak cukup pun 7 keturunan makan.
Malaikat
akan faham jika kau angkat pena kau untuk bantu orang lain dan siapa tahu
mungkin Malaikat juga akan mengangkat penanya juga dari merekod buku amalanmu?
Jadi,
hati-hati ya gais.. jadilah pengguna yang baik di sisi undang-undang.
Sumber:
Media sosial
No comments:
Post a Comment