Kulat sisir atau cendawan
kukur semakin mendapat permintaan tinggi melebihi penawaran. Sebab itu, harga kulat
sisir boleh mencecah sehingga RM30 sekilogram. sambutan.
Justeru, pengusahaan menanam
kulat sisir disenarai sebagai satu daripada pertanian bernilai tinggi selain
sarang burung walet, akuakultur, ikan hiasan, rumpai laut, herba dan rempah
ratus.
Secara semulajadi, kulat
sisir tumbuh di batang pokok mati pada musim hujan, terutama di batang pokok
getah. Jadi, untuk mendapat kulat sisir hanya pada musim hujan. Selain
itu, isu keselamatan kulat sisir atau nama saintifiknya Schizophllyum commune
yang dikutip di kebun getah yang dibimbangi terdapat racun.
Kini, kulat sisir
sudah dikomersialkan menjadi 'tanaman' memungkinkan cendawan kukur dipasarkan
secara lebih meluas, terkawal, selamat dan berkualiti tinggi, serta memberikan
pulangan lumayan sepanjang tahun.
Hasil kajian dilakukan
pusat pengajian tinggi dan badan penyelidikan, kini pembenihan secara
bioreaktor mampu menghasilkan kulat sisir dalam kuantiti yang banyak.
Penghasilan
benih kulat sisir dengan penggunaan cecair atau bioreaktor adalah satu
mekanisme baharu pengkulturan cendawan dalam skala besar.
Permintaan terhadap kulat sisir amat
tinggi kerana rasanya sedap dan kaya khasiat. Kini, kulat sisir ada
dipasarkan melalui internet bagi memudahkan pembeli tidak kira di mana
berada.
Penanaman kulat sisir menggunakan
kaedah bongkah membolehkan hasilnya dituai sepanjang tahun.
Penjagaan kulat sisir tidak rumit dan
hanya mengambil masa selama seminggu untuk tumbuh. Penjagaan kulat sisir tidak
serumit cendawan tiram.
Kulat sisir juga tidak mudah rosak dan
boleh 'diawet' dengan cara dikeringkan.
Tumbuhan ini hanya memerlukan tempat
teduh dan perlu disiram antara dia hingga tiga kali sehari. Tempat untuk
menyimpannya haruslah kawasan yang redup dan lembap.
Industri cendawan
berpotensi berkembang dengan pesat di mana penggunaannya merangkumi penghasilan
pelbagai produk nutraseutikal, farmaseutikal dan kosmetik, selain kegunaan tradisi
untuk digulai atau digoreng.
No comments:
Post a Comment