Rakyat Malaysia suka makan. Itu hobi atau
budaya rakyat Malaysia. Kepada yang mampu atau sekadar acah-acah mampu, mereka
akan makan di mana-mana sahaja restoran biarpun tahu harga makanan dan minuman
di situ mahal.
Asal sahaja ada berita tular mengenai
makanan istimewa di restoran atau kedai makan tertentu, maka berduyun-duyun
orang akan datang. Sanggup pergi ke tempat jauh semata-mata untuk makan apa
yang tular itu.
Kalau setakat 100 kilometer tu dikira dekat
lagi. Mereka sanggup memandu 200 kilometer pergi dan balik semata-mata kerana
hendak makan.
Ada yang melancong ke satu-satu destinasi
semata-mata hendak makan. Belanja tentulah bukan sekadar empat atau lima puluh
ringgit diperlukan.
Itu budaya makan rakyat Malaysia sekarang
ini. Bukan sekadar harga mahal, malah sanggup beratur menunggu berjam-jam
semata-mata hendak makan. Kalau tidak berjaya sekali pergi, akan pergi pada
waktu atau hari lain pula.
.
Jadi, apalah sangat jika ada restoran mengenakan harga tinggi, asalkan terkenal dan sedap, pasti pelanggan sanggup membayarnya.
Kepada mereka yang kurang berkemampuan dari
segi kewangan, golongan ini sebenarnya sudah lama ‘pulau’ restoran harga mahal
ini. Mereka sekadar tengok dan bau sahaja.
Bagi golongan ini, mereka tidak memerlukan ‘nasihat’
sesiapa untuk ‘pulau’ atau tidak makan di restoran tersebut. Mereka tahu di
mana hendak makan yang sesuai dengan kemampuan mereka.
.
Jadi, apalah sangat jika ada restoran mengenakan harga tinggi, asalkan terkenal dan sedap, pasti pelanggan sanggup membayarnya.
No comments:
Post a Comment