Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis
menubuhkan sebuah syarikat dinamakan SG4 Sdn Bhd bagi berkongsi kekayaan dan
mengagihkan hasil kepada empat-empat negeri itu secara saksama.
Penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata, menerusi syarikat tersebut, setiap negeri di bawah pentadbiran
Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.
Setiap negeri memiliki 25 peratus saham
syarikat tersebut dan ia bagi memastikan negeri yang ketinggalan jauh seperti
Perlis, juga mendapat hasil yang sama seperti negeri lain.
Ketika ditanya aspek ekonomi yang akan
menjadi tumpuan syarikat tersebut, Dr Mahathir menegaskan elemen nadir bumi
(REE) antara yang akan diberi perhatian.
Industri nadir bumi ini satu punca
kekayaan. REE ini bukan ada sama rata di setiap negeri, satu negeri mungkin
lebih daripada negeri lain. Justeru dalam satu syarikat ini dapat diagih segala
hasilnya secara saksama.
Cadangan itu memang baik iaitu berkongsi
hasil di antara negeri. Persoalannya, adakah ia akan dipersetujui di kalangan rakyat? Mungkin di kalangan pemimpin
bersetuju kerana ada agenda tertentu.
Sebagai contoh, sudah ada kedengaran “protes”
daripada rakyat Terengganu melalu satu laman di Facebook. Penulis yang
menggelarkan dirinya “admin” mencatatkan:
Admin merayu kepada kepimpinan kerajaan
negeri agar tidak menerima cadangan tersebut. Jika dibahagikan sama rata, maka
kemungkinan besar hasil bumi kita terpaksa diserahkan kepada negeri lain.
Sedangkan hasil negeri kita sendiri pun
tidak cukup dan memerlukan dana petroleum untuk memenuhi keperluan operasi
kerajaan.
Sebelum ini kita kerap mengeluh bilamana
hasil minyak Terengganu dibahagikan kepada negeri-negeri lain. Tetapi hasil
petroleum ini adalah diluar kawalan kita atas sekatan undang-undang
persekutuan. Jadi mengapa pula hasil nadir bumi yang tiada sekatan
undang-undang ini boleh pula kita agih kepada negeri lain?
Pembahagian sama rata juga sebenarnya tidak
adil untuk negeri-negeri besar. Bajet Terengganu adalah lebih 6 kali ganda
berbanding Perlis. Maka negeri kita sudah tentu memerlukan lebih banyak hasil
berbanding negeri itu
Bagaimana pula nanti sekiranya negeri lain
jatuh kepada parti yang tidak sama dengan parti yang memerintah Terengganu?
Adakah ketika itu syarikat ini akan dibatalkan? Berapa banyak pula pampasan
ketika itu yang perlu negeri kita tanggung?
Jesteru admin mohon untuk perhalusi kembali
cadangan Tun Mahathir. Admin setuju kepakaran perlu dikongsi, tetapi hasil
negeri biarlah kekal dinikmati oleh rakyat negeri masing-masing.
No comments:
Post a Comment