Wednesday, 30 December 2020

POKOK BUNGA TANJUNG DIJADIKAN HIASAN TEPI JALAN

Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz besar jika dibiarkan membesar secara semula jadi. Bagaimanapun, pokok tanjung yang banyak dijumpai ditanam di tepi-tepi jalan bersaiz sederhana.

Pokok tanjung bentuknya rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya matahari yang terik. Sebab itu ia dijadikan pokok teduhan dan hiasan.

Pokok tanjung mengeluarkan bunga berbau sangat wangi dan biasa digunakan sebagai hiasan kepala masyarakat Melayu tradisional dan kaum India.

Bunga tanjung juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk mengembalikan bau harum. 

Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyak kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut.

Daun tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat.

Buahnya jenis beri berbentuk bujur telur. Sebelum matang, buahnya berwarna hijau. Buah ini akan bertukar kepada warna oren dan merah setelah masak. Apabila matang, buahnya rasa manis.

Kulit kayunya adalah tebal dan kelihatan perang gelap kehitaman atau kelabu gelap, dengan lapisan dan beberapa rekahan pada permukaan. Pokok mungkin mencecah ketinggian 30–60 kaki dengan ukur lilit sekitar 1 meter.

Tumbuhan ini membiak dari keratan batang dan biji benih.

Khasiat pokok tanjung: 

- Rawatan ruam yang bernanah. Beberapa tangkai bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar jintan hitam. Air rebusan ini diembunkan selama semalam. Setelah itu airnya ditapis dan digunakan untuk mandi oleh pesakit.

- Sakit gigi. Ambil kulit batang pokok tanjung direbus bersama air. Tapis rebusan ini dan gunakan sebagai ubat kumur sekali sehari selama empat hari. Ia juga dapat menghilangkan nafas berbau.

- Mencuci luka. Air rebusan kulit pokok tanjung juga boleh digunakan untuk mencuci luka. Lakukan setiap hari hingga luka sembuh.

- Mewangikan rambut. Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.

- Kecutkan rahim. Ambil pucuk daun dan buat ulam.  

Lirik: Bunga Tanjung

Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok di hujung dahan

Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung

Bagai melati
Bagai melati di lembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati…
Di lembah sunyi

Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai
Sungguh nasibmu si bunga tanjung.

Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi

Friday, 25 December 2020

CARA RAWAT AIR BERBAU, KERUH

 
Masalah air telaga atau perigi berbau kerap berlaku terutama yang baharu digali atau sudah lama tidak digunakan. Masalah air keruh juga sering terjadi, lebih-lebih lagi selepas hari hujan. 

Satu cara untuk menghilangkan bau busuk atau tidak menyenangkan itu ialah dengan mengepam atau menyedut keluar air itu. Cara itu agak sukar, terutama jika kuantiti atau jumlah air agak banyak.

Cara mudah untuk mengatasi masalah itu ialah dengan menggunakan batu tawas. Ambil kira-kira 200 gram tawas dan dimasukkan di dalam telaga. Biarkan ia larut. Tunggu sehingga tiga hingga empat jam untuk lihat keberkesannnya. 
 
Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi. Penggunaan tawas tidak mendatangkan bahaya.

Unsur tawas akan 'mengikat' bau yang tidak menyenangkan dan menjadikan air lebih jernih. 

Boleh digunakan untuk telaga, kolam, telaga tiub, tangki dan sebagainya. 

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik pautan di bawah.

1 kg tawas ketul - https://shope.ee/3L1reLL9hM 
1 kg tawas hancur - https://shope.ee/6fHzfY8JPi 
1 kg tawas serbuk kasar - https://shope.ee/2q5XEWGgn2 
1 kg tawas serbuk halus - https://shope.ee/B4pskwQEs 
5 kg tawas serbuk kasar - https://shope.ee/20WU4FzPVM

Saturday, 19 December 2020

BERKAT LETIH BERUSAHA MENCARI REZEKI HALAL

Dalam kehidupan manusia terutamanya umat Islam, mata pencarian dan hasil kerja dikenali sebagai rezeki. Dalam hal ini umat Islam mestilah mencari rezeki yang halal bagi diri dan keluarganya. Rezeki tersebut mestilah rezeki yang halal daripada hasil usaha tangannya sendiri.

Pada masa kini punca rezeki adalah berbagai-bagai. Pun begitu, punca rezeki daripada perniagaan lebih menampakkan hasilnya. Walau bagaimanapun keberkatan dalam mencari rezeki sewajarnya diberikan perhatian. Rezeki yang halal lagi berkat akan membawa manfaat sehingga ke akhirat.

Secara jelas, rezeki adalah bahan keperluan untuk hidup seperti makanan sehari-hari atau nafkah buat keluarga, pendapatan, penghasilan dan pencarian seseorang. 

Selama masih hidup manusia akan tetap diberikan rezeki oleh Allah SWT, sama ada sedikit ataupun banyak. Rahmat Allah amat luas, bersyukurlah dengan nikmat Allah dan carilah rezeki yang halal, jangan makan rezeki yang haram.

Rasulullah SAW bersabda: "Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu (seperti solat, puasa dan lain-lain)."

Jelaslah, rezeki yang halal amat penting kepada umat Islam. Selain itu, rezeki tersebut mestilah berkat dan diterima oleh Allah SWT.  

Berkaitan dengan rezeki yang tidak lancar dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan." (riwayat Ibn Majah dan Ahmad, Ibn Hibbah dan Ibn al-Mubarak).

Oleh itu, ketakwaan kepada Allah akan mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan ketakwaan, tidak ada jalan yang paling baik untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat selain meninggalkan maksiat.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Ruhul Qudus (malaikat Jibrail) membisikkan dalam benakku bahawa jiwa tidak akan mati sebelum lengkap dan sempurna rezekinya. Kerana itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan memperbaiki mata pencarianmu. Apabila datangnya rezeki itu terlambat, janganlah kamu memburunya dengan jalan maksiat kepada Allah kerana apa yang ada di sisi Allah hanya boleh diraih dengan ketaatan kepada-Nya." (riwayat Abu Dzar dan Al-Hakim).

Rezeki yang berkat dapat diraih pada waktu pagi. Nabi SAW bersabda: "Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan." (riwayat Ath-Thabrani dan Al-Bazzaar).  

Dalam hadis yang lain Nabi SAW juga bersabda: "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi hari mereka (waktu fajar).

Ini dijelaskan lagi oleh Nabi SAW dalam sabdanya: "Selesai solat fajar (Subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki." (riwayat At-Thabrani).

Wednesday, 9 December 2020

KETINGGIAN GUNUNG EVEREST BERTAMBAH 4.43 METER

Ketinggian terbaru Gunung Qomolangma (Everest), puncak gunung tertinggi di dunia ialah 8848.86 meter, mencatatkan peningkatan berbanding ukuran rasmi yang dibuat sebelum ini.

Ukuran terkini itu diumumkan bersama Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Nepal, Bidhya Devi Bhandari pada Disember 2020.

Pada Oktober 2019, China dan Nepal mengeluarkan kenyataan bersama, bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam menangani perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.

Kedua-dua negara juga akan bersama mengumumkan ketinggian Everest di samping menjalankan kerjasama penyelidikan sains.

Misi pengukuran semula dijalankan Kementerian Sumber Alam China, Kementerian Luar China, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China dan kerajaan tempatan Wilayah Autonomi Tibet.

Pasukan pendaki China memulakan misi mencabar dan berbahaya ini pada 6 Mei lalu.

Lapan pendaki berjaya sampai di puncak gunung selepas mengharungi pelbagai kesukaran seperti cuaca esktrem dan mengambil masa selama 150 minit untuk melakukan kerja-kerja pengukuran.

Misi berjaya diselesaikan pada 28 Mei dan pasukan pendaki selamat kembali ke Kem Qomolangma.

China telah melakukan enam kali pengukuran Everest dan mengumumkan keputusannya pada 1975 (8,848.13 meter) dan 2005 (8,844.43 meter).

Sunday, 29 November 2020

SEJARAH KETURUNAN RAJA KELANTAN SEJAK ABAD KE-14

Mengikut catatan sejarah, terbentuknya kerajaan Kelantan dahulu berdasarkan satu ikatan Raja-Raja yang bersemayam di beberapa bahagian daerah dan jajahan yang berpecah-pecah mengikut persemayam masing-masing.

Pada tahun 1411, Baginda Raja Kumar menjadi pemerintah Kelantan. Baginda telah membuat perhubungan muhibbah dengan Maharaja China dalam tahun itu dan kemudian pada 1412 Baginda telah menerima persembahan balas yang merupakan kain-kain sutera serta surat kepujian.

Pada akhir kurun yang kelima belas iaitu 1465, Kelantan lebih bersinar daripada Patani dan Raja yang memerintahnya ialah Sultan Mansor Shah yang mengganti paduka ayahandanya Sultan Iskandar Shah.

Kemasyhuran Negeri Kelantan terdengar ke Melaka. Pada tahun 1506, Sultan Mahmud, Sultan Melaka yang akhir, telah mengirim bala tentera, pahlawan-pahlawan diketuai oleh Bendahara Seri Maharaja dengan maksud hendak menaklukkan Negeri Kelantan. 

Hasilnya seorang puteri Sultan Mansor Shah yang bernama Onang Kening dikahwinkan dengan Sultan Mahmud, Melaka, yang kemudian menjadi bonda kepada Sultan Muzaffar Shah pemerintah Perak yang pertama (1513).

Manakala Sultan Mansor Shah mangkat, maka dilantik puteranya yang bernama Raja Gombak menjadi Sultan Negeri Kelantan dalam 1526.

Baginda Sultan Gombak mengambil cucunya yang bernama Raja Ahmad sebagai putera angkatnya. Apabila baginda mangkat, Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584 dan baginda berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara DiRaja yang menjadi sepupu kepada Raja Hussin di sebelah isteri putera Lela Wangsa Pahang.

Tiga tahun kemudian baginda telah dikurniakan seorang puteri yang dinamakan Cik Wan Kembang. Empat tahun kemudian baginda Raja Ahmad mangkat. Memandangkan Che Wan Kembang baharu berumur empat tahun, maka dilantik Raja Hussin dari Johor menjadi Pemangku Raja pemerintah Kelantan.

Pada tahun 1610, Che Wan Kembang ditabal menjadi Raja yang bersemayam di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.

Pusat Kerajaan ini menjadi masyhur dan dilawati oleh dagang sentry termasuk orang-orang Arab. Orang-orang Arab memanggil Che Wan Kembang dengan nama “Paduka Che Siti”.

Seekor kijang telah disembahkan oleh rakyat-rakyat baginda dari Gunung Ayam. Baginda sangat suka dan gemar kepada kijang tersebut sehingga diterapkan gambar kijang itu di atas wang emas perbelanjaan negeri dan kemudian dijadikan gambar kijang itu sebahagian lambang Kerajaan Kelantan sehingga sekarang.

Pada masa baginda Paduka Che Siti memerintah Kerajaan yang berpusat di Gunung Cinta Wangsa maka di sebelah Timur Laut negeri ini, ada sebuah kerajaan yang berpusat di Jembal. Raja yang memerintahnya bernama Raja Sakti, mangkat dan dilantik puteranya Raja Loyar menjadi pemerintah gantinya pada 1649.

Baginda beroleh seorang putera bernama Raja Sakti (sama nama dengan datuknya) yang mangkat kecil lagi, dan seorang puteri bernama Puteri Sadong.

Perkhabaran baik Kerajaan Jembal terdengar kepada Kerajaan Gunung Cinta Wangsa, lalu berangkatlah Paduka Che Siti Wan Kembang mengadap Raja Loyar.

Perjanjian muhibbah telah dibuat dan sebagai tanda persabahatan antara dua kerajaan itu, Puteri Sadong dijadikan anak angkat Paduka Che Siti Wang Kembang.

Puteri Sadong semakin besar semakin cantik parasnya sehingga rakyat-rakyat di Cinta Wangsa menggelarkan Puteri Sadong dengan nama timbang-timbangan Puteri Wijaya Mala.

Kecantikan Puteri Sadong terdengar kepada Raja Siam, lalu menghantar pinangannya tetapi pinangan itu ditolak. Kerana hendak menyelamatkan pertalian Diraja, maka Puteri Sadong dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.

Dan kerana desakan Raja Siam yang dipandang berbahaya kepada negeri, maka Raja Abdullah telah mengizinkan permaisurinya, Puteri Sadong berangkat ke Bangkok. 

Sekembalinya Puteri Sadong berbangkitlah perbalahan yang akhirnya Raja Abdullah mangkat tertikam dengan pemacak sanggul Puteri Sadong.

Dengan kehendak Puteri Sadong, Raja Abdul Rahim, saudara Raja Abdullah yang muda telah dilantik menjadi Sultan pada 1671 dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah.

Selepas itu Puteri Sadong berangkat ke Gunung Cinta Wangsa melalui Bukit Marak dan dari situ tidak terlihat lagi.

Selepas itu Sultan Abdul Rahim pun mangkat ditikam orang di tepi Tasik Lelayang Mandi dan dengan kemangkatan itu putuslah Kerajaan Mahaligai dan wujud kembali Kerajaan Jembal di bawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada tahun 1675.

Shahadan, maka tersebutlah putera-putera Raja Selawasi yang berangkat ke Johor pada 1633. Tidak lama kemudian putera Raja Selawasi dijodohkan dengan puteri Laksamana yang bernama Wang Teja.

Pada 1640 baginda dan isterinya Wan Teja berangkat ke Patani. Baginda telah dikurnia gelaran Endek Pakoh Ali dan dikahwinkan dengan Puteri Seri Biji Diraja Patani.

Seorang putera daripada isteri yang bernama Seri Paduka Che Dewi yang bernama Wan Dai’im bergelar Datuk Pengkalan Tua. Seorang daripada putera Wan Dai’im bernama Tuan Besar (Long Bahar) berkahwin dengan puteri Sultan Omar bernama Raja Pah dan telah dilantik menjadi raja di Bukit Jarum Legeh, serta menjadi utusan baginda ke Bangkok.

Dalam tahun1733, Baginda Long Bahar mangkat dan ditabalkan puteranya yang bernama Long Sulaiman menjadi Raja pemerintah Kelantan. Seorang daripada puteranya bernama Long Yunus.

Serangan rebutan takhta berlaku beberapa kali dalam tahun 1756 yang akhirnya mangkatlah Long Sulaiman. Kemudian dilantik adik iparnya Long Pandak menjadi Sultan dan Long Muhamad adiknya menjadi Raja Muda, bersemayam di Kok Keranji.

Nyalalah api peperangan di Kubang Labu setelah baginda Long Pandak menikam Engku Pasir Mas isterinya, kerana cemburu kepada sepupunya Long Gaffar.

Kematian isterinya diketahui oleh Long Derahman. Angkatan Long Gaffar tiba dan memasuki Kota serta menikam Long Pandak sehingga membawa maut.

Long Gaffar mengangkat Long Muhamad ganti Long Pandak menjadi Raja dengan pesanan “rentahlah baik-baik, jika tidak ia akan datang kali kedua”.

Pada 1762,  Long Gaffar bersama-sama Long Yunus berangkat ke Terengganu dengan membawa seekor ayam sabungan yang bernama “Bakas Racun”, kerana melawan ayam orang-orang Bugis.

Setelah mendapat kemenangan dan mendapat harta pertaruhan yang mengandungi tujuh buah jong lalu dipersembahkannya kepada Sultan Mansor Shah, Terengganu.

Pada masa itu Long Yunus berkahwin dengan Tuan Che Jumat puteri kepada Engku Tenang Wangsa.

Lima bulan kemudian, perkhabaran Long Muhamad yang memerintah di Kubang Labu berlaku zalim, maka Long Yunus berserta Long Gaffar berangkat balik ke Kelantan bersama-sama beberapa orang pahlawan yang dikurniakan oleh Sultan Mansor Shah, Terengganu.

Angkatan Baginda tiba di Pasir Puteh, dan ditempatkan Long Gaffar di Jeram. Baginda berangkat ke rumah Che Bu isteri Che Leh dan menemui pahlawan-pahlawannya yang bernama Penghulu Adas, Tok Sek dan Tok Mek yang telah sedia menunggunya.

Maka pada malam hari, Long Yunus dan Long Gaffar dengan pasukannya menyerang Kubang Labu kali yang kedua. Serangan itu membawa maut Long Muhamad dan jenazahnya dimakamkan di permakaman Gong Chepa di sebelah hilir Jalan Gajah Mati sekarang.

Pada akhir 1762 baginda Long Yunus ditabal menjadi Sultan pemerintah Kelantan dan Long Gaffar dikurniakan gelaran “Engku Maharaja Perdana Menteri” yang memerintah di kawasan Jeram sehingga ke Sungai Pasir Tumboh.

Baginda Long Yunus telah beroleh beberapa orang putera dan puteri, dan puterinya yang bernama Che Ku Tuan Nawi dikahwinkan dengan putera Yang di Pertuan Terengganu bernama Tengku Muhamad.

Dalam masa itu Long Gaffar mangkat dan dimakam di Limbat. Setahun kemudian, iaitu 1798, Baginda Long Yunus mangkat dan dimakam di Langgar, Kota Bharu.

Oleh sebab Baginda tiada melantik bakal serta tiada meninggal apa-apa wasiat, maka dilantik menantunya Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansor, Terengganu menjadi Yang Di Pertuan Kelantan bagi sementara.

Dua tahun kemudian maka Long Muhamad putera sulong Long Yunus dengan bantuan saudaranya terpaksa menggunakan sedaya upaya untuk merebut balik takhta Kerajaan Kelantan dari tangan Tengku Muhamad kerana Baginda enggan menyerah balik.

Beberapa bulan kemudian Baginda Long Muhamad ditabal menjadi Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhamad I pada 1801. Baginda menghantar Pa’ Wan Muhmud sebagai utusan mengadap Raja Siam. Sebagai tanda perhubungan setia, diperbuat sejenis bunga emas yang dihantar tiga tahun sekali.

Baginda Sultan Muhamad I tidak ada mempunyai putera dan puteri, maka Baginda telah mengambil anak saudaranya bernama Long Senik Putera Long Tan (Temenggong Aria Pahlawan) dijadikan putera angkatnya.

Tengku Long Tan adalah anakanda kedua Baginda Long Yunus. Selain Long Senik, Long Tan juga mempunyai beberapa putera dan puteri. Baginda mangkat pada 835.  

Pada masa itu Long Jenal, yang bergelar Raja Bendahara Banggol, dilantik menjadi pemerintah Negeri Kelantan atas kehendaknya.

Wasiat Baginda hendaklah ditabalkan Long Senik putera angkatnya menjadi Sultan setelah Baginda mangkat. Lebih kurang tujuh bulan Baginda Long Jenal memerintah Kelantan, berlakulah perang saudara dalam negeri.

Setelah selesai, maka Raja Siam bersukacita sehingga mengirimkan kepada Long Senik dengan persembahan alatan-alatan kebesaran Kerajaan termasuk persalinan dan pakaian kebesaran Negeri pada masa itu.

Pada 1837, Long Senik telah ditabal menjadi Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhamad II yang dikenali dengan nama Sultan Mulut Merah dan adinda baginda Long Nik menjadi raja muda bergelar Tengku Indra Petra Mahkota Mantri.  Anakanda Long Nik iaitu Tengku Tuan Wok pula bergelar Tengku Seriwa Machang.

Baginda mangkat dalam tahun 1886 dan ditabalkan puteranya bernama Long Sulong menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Ahmad dan adinda baginda Long Abdul Ja’afar sebagai raja muda bergelar Tengku Temenggong.

Anakanda Tengku Temenggong ini bergelar Tengku Ahmad Panglima Raja yang merupakan ayahanda kepada Sultanah Zanariah negeri Johor.

Sultan Ahmad mangkat pada 1889 dan ditabal puteranya bernama Long Kundor menjadi Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhamad III yang dikenal dengan nama Raja Bendahara.

Pada 1890, sultan Muhammad III mangkat dengan meninggal empat orang putera dan empat puteri. Oleh sebab puteranya yang bernama Long Senik, bakal Sultan masih muda, maka ditabalkan saudaranya yang bernama Long Mansor menjadi Sultan bergelar Sultan Mansor. Sultan Mansor mangkat pada 1899 dengan tidak meninggal putera dan puteri.

Lanjutan itu, Tengku Long Senik menjalankan pemerintah negeri, dan pada 22 Jun 1911 baginda ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Muhamad IV.

Sewaktu pemerintahan baginda Sultan Muhamad IV, adinda baginda Tuan Long Zainal Abidin ditabalkan menjadi Raja Muda Kelantan dengan gelaran Raja Dewa. Raja Dewa ini adalah nenda kepada Tengku Tan Sri Razaligh Tengku Hamzah, Tengku Sri Maharaja.

Baginda Sultan Muhamad IV mangkat pada 23 Disember1920, dan ditabal Tengku Ismail (Raja Kelantan), menjadi Sultan, serta dimahkotakan pada 28 April 1921.

Selama 24 tahun Baginda memerintah dengan membawa kemajuan yang tidak berputus-putus, maka pada 20 Jun 1944, mangkatlah Baginda di Istana Jahar, Kota Bharu dan dimakamkan di Langgar.

Baginda Al-Marhum Sultan Ismail tiada mempunyai putera dan puteri, maka paduka adindanya Tengku Ibrahim (Raja Kelantan) dimasyhur manjadi Sultan dengan gelaran Sultan Ibrahim pada 21 Jun 1944, dan dimahkotakan pada 31 Oktober 1944.

Baginda mempunyai ramai anakanda putera dan puteri. Anakanada sulung baginda adalah Tengku Abdullah Petra bergelar Raja Muda dan anakanda kedua adalah Tengku Yahya Petra bergelar Tengku Mahkota.

Sultan Ibrahim mangkat di Istana Seri Cemerlang pada 9 Julai 1960. Baginda telah meninggalkan 11 putera dan 13 puteri. Pada 11 Julai pemasyhuran perlantikan diisytiharkan Tengku Yahya Petra menjadi Sultan dan Yang Di Pertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim dan Jajahan Takluknya dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Baginda dimahkotakan pada 17 Julai 1961, di Istana yang bersejarah iaitu Istana Balai Besar.

Baginda memerintah negeri Kelantan selama 19 tahun dengan aman dan sentosa. Baginda mangkat pada 29 Mac 1979 di Istana Negara, Kuala Lumpur ketika menyandang jawatan Yang di Pertuan Agong. Al-Marhum telah dikebumikan di Makan D’Raja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.

Kerajaan baginda digantikan oleh putera tunggal baginda iaitu Tengku Ismail II Petra dengan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra.

Takhta Tuanku Ismail Petra diambil alih oleh putera sulung baginda Tengku Muhammad Faris Petra pada 13 Sept 2010 akibat tidak mampu meneruskan fungsi sebagai Sultan disebabkan gering. Tengku Muhammad Faris Petra memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V.

SUMBER ASAL 


Friday, 20 November 2020

TAYAR TERBUANG DIJADIKAN PASU TAPAK TANAMAN

Terdapat banyak tayar terbuang di sekeliling kita. Pemilik kedai tayar biasanya akan mengalu-alukan sesiapa yang ingin mendapatkan tayar terbuang kerana mereka tidak perlu membuang di tempat lain.

Tayar terbuang boleh digunakan untuk membuat pasu ataupun tapak tanaman. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu isi tanah atau medium sebagai tapak untuk diletak benih tumbuhan.

Anggap sahaja tayar terbuang itu sebagai bekas untuk menampung tanah daripada berselerak.

Oh ya... tayar terbuang itu boleh digunakan dalam keadaan asal atau dibuat ubahsuai mana yang perlu. Contohnya dibuang salah satu ‘dinding’ sebelah tepi.

Untuk lebih cantik, bolehlah dicat dengan warna pilihan. 

Saturday, 7 November 2020

Peruntukan Belanjawan 2021 Kementerian Pertahanan

Kementerian Pertahanan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan di atas pengumuman peruntukan Belanjawan 2021 yang berjumlah hampir RM16 bilion. Kementerian Pertahanan akan menerima peruntukan sebanyak RM15.86 bilion iaitu peningkatan sebanyak 1.8 peratus atau RM280 juta berbanding peruntukan tahun 2020 (RM15.58 bilion).

Kenaikan yang ketara adalah peruntukan Belanja Pembangunan (Development Expenditure - DE) yang diterima iaitu sebanyak RM4.50 bilion yang merupakan peningkatan sebanyak RM1.42 bilion atau 46.1 peratus. 

Manakala peruntukan bagi Belanja Mengurus (Operating Expenditure – OE) adalah sebanyak RM11.35 bilion, mengalami penurunan sebanyak RM1.14 bilion atau 9.1 peratus. Pengurangan ini adalah disebabkan oleh peningkatan peruntukan yang besar di bawah DE bagi senggaraan dan naik taraf aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memastikan kesiagaan sentiasa pada tahap tertinggi.

Belanjawan Kementerian kali ini tertumpu kepada dua fokus utama iaitu peningkatan keupayaan dan kesiapsiagaan ATM dan kebajikan warga ATM dan Veteran:
1. Perolehan aset baharu sebanyak RM1.6 bilion.
2. Penyelengaraan aset utama diperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion.
3. Pembinaan hampir 1,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) sebanyak RM500 juta.
4. RM105.3 juta diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi menjaga kebajikan Veteran ATM.
5. Program Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula oleh PERHEBAT untuk bakal Veteran berjumlah RM30 juta.
6. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 untuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Belanjawan 2021 juga mengambil kira peranan ATM dalam menangani wabak Covid-19 dan Op Benteng yang melibatkan gerak kerja bersepadu agensi keselamatan dalam mengawal sempadan negara. Kementerian ini juga akan diberikan sebahagian daripada RM27 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada CyberSecurity untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.

Melalui peruntukan yang diterima ini, Kementerian Pertahanan komited untuk terus memperkasakan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui lima (5) tema utama iaitu:
1. Meningkatkan keupayaan ATM dari segi aset dan persenjataan yang merupakan faktor penting kepada kesiagaan ATM.
2. Memperkasakan penglibatan ATM dalam pelbagai operasi untuk melindungi kepentingan negara serta mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah.
3. Menjamin kesejahteraan dan kebajikan anggota tentera termasuk Veteran ATM.
4. Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertahanan.
5. Memperkukuhkan jaringan strategik dan hubungan diplomasi terutamanya dalam kalangan negara-negara ASEAN dan di peringkat antarabangsa.

Peningkatan dalam peruntukan yang diterima menunjukkan komitmen tinggi Kerajaan terhadap keutamaan pertahanan negara. Persekitaran keselamatan yang tidak menentu dan ancaman keselamatan bukan tradisional merupakan dua faktor utama yang memerlukan tahap kesiagaan ATM yng tinggi.

DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI KANAN PERTAHANAN
7 NOVEMBER 2020 

Saturday, 31 October 2020

DAKWAH SHOPIE PETRONIN KEPADA PRESIDEN PERANCIS

Shopie Petronin, 75, wanita keturunan Perancis yang menjadi tahanan selama tiga tahun 9 bulan di Mali, mengejutkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan seluruh rakyat yang terkenal dengan Menara Eiffel itu.

Presiden Perancis ini sering terang-terangan menampakkan kebenciannya terhadap Islam dan baru-baru ini dia mengatakan bahawa Islam adalah agama bencana dan pembawa krisis.

Pembebasan Petronin diusahakan oleh Macron. Ketibaan Petronin disambut meriah dan dianggap sebagai satu kejayaan kepada kerajaan Macron.

Namun, Petronin telah membuat kejutan besar apabila telah mengiystiharkan pengislamannya sejak berada di Mali dan menukarkan namanya kepada Maryam.

Maryam juga telah menulis surat kepada Macron yang dianggap mencabar sikapnya yang selama ini menghina Islam. Kandungan surat beliau kepada Macron adalah seperti berikut (diterjemah secara bebas).

Tuan Macron

Damai bagi mereka yang mengikuti petunjuk dan, sebagai berikut ... Saya sedar bahawa Anda hairan bagaimana Sophie Petronin, seorang wanita Perancis kuturunan kulit putih, Kristian Katolik, telah masuk Islam setelah 75 tahun menjadi Kristian dan selama 4 tahun penahanan di kalangan umat Islam!

Izinkan saya menerangkan segalanya untuk Anda, Tuan Macron ...

Ya, saya adalah seorang tawanan Muslim ... tetapi mereka tidak pernah menyentuh saya dengan buruk dan perlakuan mereka terhadap saya adalah penghargaan dan penghormatan.  Mereka selalu menawarkan saya makanan dan minuman. Hal ini memberi kesan kepada diri saya, sedangkan mereka boleh berbuat apa sahaja kepada diri saya.  Dan mereka amat menghormati hak saya. Tidak ada yang pernah mempersendakan saya secara lisan atau fizikal, dan mereka tidak menghina agama saya, Yesus atau Kristian atas mereka berdua seperti yang Anda lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Mereka tidak memaksa saya menerima Islam, tetapi saya melihat dalam akhlak mereka orang-orang yang menyucikan diri dengan air dan berdoa kepada Tuhan sembahyang lima waktu dan puasa bulan Ramadan.

Tuan Macron ...

Orang Muslim di Mali memang miskin. Ya... dan negara mereka miskin. Tidak ada Menara Eiffel dan mereka tidak tahu parfume Perancis kita, tetapi mereka adalah yang paling bersih dari kita dan hati yang paling murni.

Ya, mereka tidak memiliki kereta mewah dan tidak menghuni menara-menara tinggi, tetapi perhatian mereka di atas awan dan iman mereka lebih teguh dari pada pegunungan.

Tuan Macron ...

Pernahkah Anda mendengar pembacaan Al-Quran dalam hidup Anda saat mereka membaca Al-Quran dalam doa mereka kita fajar dan malam?

Betapa indahnya bacaan bahkan jika Anda tidak mengerti apa yang mereka bacakan dan tubuh Anda gemetar saat Anda mendengar mereka membacakan firman Tuhan, kerana mereka menghafalnya dengan hati.  Kemudian Anda menyedari dalam fikiran bawah sedar Anda bahawa ini bukanlah ucapan manusia melainkan melodi surgawi yang turun dari langit dan Anda memiliki keinginan kuat untuk mengetahui erti dari apa yang mereka bacakan saat fajar dan pada malam hari dari  suara surgawi!

Tuan Macron ...

Sudahkah Anda membuat satu sujud dalam hidup Anda untuk Tuhan dan membuat dahi Anda menyentuh tanah dan berbisik kepada Tuhan Anda tentang kekhawatiran Anda dan berterima kasih kepada-Nya atas berkat-Nya seperti yang mereka lakukan? Pernahkah Anda merasakan kedekatan Tuhan dengan Anda dan kedekatan Anda dengan-Nya?

Tuan Macron ...

Wanita mereka hitam seperti arang, tapi hati mereka putih seperti susu.  Mereka memakai pakaian sederhana, tetapi di mata lelaki mereka adalah yang paling cantik, mereka tidak bergaul dengan lelaki asing, mereka tidak mengganggu mereka, dan mereka tidak membenarkan seorang lelaki lain memasuki rumahnya tanpa kehadiran suaminya. Mereka tidak minum alkohol, tidak bermain judi, dan tidak berzina!

Tuan Macron ...

Kaum Muslim di sana percaya pada semua nabi, bahkan Nabi Tuhan Yesus yang mereka cintai lebih dari kita. Dan ibunya, Maryam, yang saya namai menurut namanya kerana cinta dan penghormatan mereka yang besar terhadapnya dan kedudukannya.

Tuan Macron ...

Anda mungkin bertanya kepada saya: Bagaimana mereka mencintai Kristus lebih dari kita?

Saya menjawab Anda: Ya, mereka mencintai Tuhan Kristus lebih dari kami kerana negara kami menumpahkan darah orang yang tidak bersalah dalam nama Kristus, negara mereka menjadi sunyi dan kekayaan mereka dijarah, jadi kami menikmati barang-barang dari negara-negara Muslim dan kami  mendapat penghormatan dari pemimpinnya dengan berbagai cara dan kami memaksakan projek komersial dan pengguna yang tidak berkembang pada mereka dan menyebarkan hasutan di antara mereka dan kemudian menjual senjata untuk membunuh satu sama lain, tetapi kami tetap Kami menganggap mereka pengganas ketika mereka menyedari bahawa kami adalah pengganas, bukan mereka!

Tetapi mereka memperlakukan saya dan tebusan lainnya dengan moral Kristus yang kami pelajari di gereja-gereja tetapi kami tidak menerapkannya pada kenyataannya.

Tuan Macron ...

Kesimpulannya ... Saya tidak ingin mengisytiharkan Islam saya di Mali agar saya saya tidak akan dikatakan telah masuk Islam di bawah pedang, dan saya memutuskan untuk mengisytiharkan Islam saya ketika saya bebas di tanah Perancis untuk menyampaikan dakwah Islam kepada jutaan orang Perancis dan Eropah yang sebahagiannya beragama Kristian dan ada berpegang kepada fahaman ateis.

Tuan Macron ...

Ini adalah agama Islam yang kamu perangi siang dan malam, ini telah menggerakkan hati saya dan mempengaruhi fikiran saya ...

Saya tidak lagi melihat Perancis dengan keindahan glamornya. Sebaliknya Mali yang paling indah biarpun miskin dan sederhana.

Bahkan, saya mengambil keputusan untuk kembali lagi ke sana. Tetapi setelah mengajak keluarga dan orang yang saya cintai masuk Islam.

Kerana saya ingin mereka merasakan manisnya apa yang telah saya rasakan dari penyembahan kepada satu-satunya Tuhan, yang untuknya tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang, dan saya ingin mereka kebaikan dunia ini dan  akhirat.

Saya juga menjemput Anda untuk masuk Islam dan membuat semula akuan Anda dengan agama besar ini, yang merupakan dakwah dari semua nabi dan rasul dari zaman Adam, melewati Yesus Kristus, dan diakhiri dengan Nabi Muhammad SAW.

Dan salam sejahtera bagi mereka yang mengikuti petunjuk ...

 

Thursday, 22 October 2020

KUMBANG BADAK BERTANDUK TUNGGAL


Kumbang badak (Oryctes rhinoceros) merupakan serangga perosak yang menyerang pokok sawit pada peringkat awal tanaman. Ia membiak di dalam reputan sisa tanaman seperti batang sawit, tandan kosong sawit, serat sawit dan bahan organik yang lain. Kumbang badak dewasa mempunyai tanduk tunggal di bahagian kepala.

Kumbang dewasa berwarna hitam keperangan dan bertanduk tunggal. Sebab itu ia juga dikenali dengan nama kumbang tanduk. Dalam dialek Kelantan dipanggil kabur badak. Kumbang dalam dialek Kelantan dipanggil kabur. Manakala dipanggil kumbang badak kerana tanduknya seperti tanduk badak.

Tempoh hidup kumbang dewasa betina adalah sembilan bulan dan jantan selama enam bulan. Perbezaan antara kumbang badak betina dan jantan dapat dikenal pasti secara fizikal. Kumbang betina mempunyai struktur berbulu di belakang abdomen manakala kumbang jantan tanpa struktur bulu.

Kumbang dewasa menyerang dan menyebabkan kerosakan pada pokok sawit. Serangan kumbang badak biasanya lebih teruk ke atas pokok sawit muda berumur antara satu hingga tiga tahun berbanding pokok sawit matang.

Kumbang dewasa menyerang pokok sawit dengan mengorek bahagian pangkal pelepah menggunakan tanduknya hingga ke bahagian tisu umbut yang lembut untuk menghisap cairan pada tisu tersebut. Ini akan meninggalkan serabut gentian di luar lubang yang dikoreknya.

Kesan serangan menyebabkan kerosakan daun muda yang keluar berbentuk seperti kipas pada bahagian hujungnya. Akibat daripada lubang pada pelepah menyebabkan pelepah patah. Kesan serangan yang teruk boleh mengurangkan hasil sawit sehingga 25% kerana pokok sawit lambat matang atau mati.

Selain menyerang pokok kelapa sawit, kumbang tanduk juga merosakkan pokok jenis palma lain seperti pokok kelapa.

Tuesday, 13 October 2020

Istilah berkaitan perintah kawalan pergerakan


Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan Persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (Covid-19) pada 16 Mac 2020.

PKP ini dilaksanakan di seluruh negara. Kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Kuarantin Malaysia".

PKP ini dilaksanakan di bawah Akta Percegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

 

Wednesday, 7 October 2020

TAMAK PUNCA TIDAK KELUAR ZAKAT


Tidak berzakat didorong oleh perasaan tamak dan mencintai dunia, lebih daripada kehidupan akirat yang bakal dihadapi. Orang tamak dan mencintai dunia sentiasa merasakan dirinya muda dan tidak memikirkan soal mati dan hari pembalasan. Malah, orang mencintai dunia amat benci berdepan kehidupan hari tua dan kematian.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Hati orang tua menjadi muda kerana mencintai dua perkara iaitu mencintai nikmat kehidupan dan harta.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sesiapa mengejar kemewahan dunia semata-mata tanpa memikirkan apa perlu dilakukan kepada harta untuk bekalan di akhirat, diumpamakan seperti menyayangi bangkai. 

Sebuah hadis diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim bemaksud: “Tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing itu bagi tuannya. Demi Allah, dunia ini hina pada pandangan Allah lebih daripada kambiang itu menurut pandangan tuannya. Kalau duni ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air pun.”

Institusi zakat adalah sebahagian daripada sistem sosial ekonomi yang diwujudkan sejak awal kehidupan manusia. Ia mendahului mana-mana sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh manusia. 

Zakat bukan saja diwajibkan terhadap umat Nabi Muhammad, bahkan kepada umat-umat nabi terdahulu. Mengeluarkan zakat menjadi salah satu ibadat utama umat nabi terdahulu dalam menentukan keimanan dan ketakwaan. Qarun yang hidup pada zaman Nabi Musa termasuk golongan kufur kepada Allah adalah disebabkan dia ingkar kepada perintah mengeluarkan zakat.    

Institusi zakat yang diuruskan dengan berkesan dapat menjana perkembangan ekonomi yang teratur dan kehidupan masyarakat dapat berjalan dengan perasaan saling hormati, kasih sayang dan tidak ada golongan yang tersisih. 

Perasaan kasih sayang dan saling menghormati adalah lambang perpaduan dan kekuatan umat Islam. Oleh itu Islam amat mementingkan ikatan kasih sayang yang dijadikan sebahagian daripada tanda keimanan. 

Sabda Rasulullah: “Tidak sempurna iman seorang itu sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Agihan zakat dapat memberi peluang bagi golongan miskin meneruskan kehidupan dengan lebih selesa, selamat dan berupaya melaksanakan aktiviti kehidupan dengan sempurna, seterusnya dapat membaiki tahap kehidupan. 

Biarpun, sistem cukai juga mirip kepada zakat, perlaksanaan cukai melibatkan semua rakyat tanpa mengira agama dan bidang usaha dilakukan. Termasuk dalam senarai cukai ialah perniagaan haram seperti perjudian dan perniagaan arak.

Malah aspek cukai juga lebih menekankan kepada perlaksanaan undang-undang negara yang lebih bersifat memenuhi keperluan fizikal. Seorang pembayar cukai adalah seorang rakyat yang baik, tetapi belum tentu seorang yang beriman kepada Allah. 

Zakat dikeluarkan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah, sedangkan cukai menjadi tuntutan undang-undang. Sebab itu ramai pembayar cukai cuba melakukan pengiraan untuk mengurangkan cukai, sama ada cara dibenarkan (melalui rebet) atau penipuan pengiraan. 

Namun, sesiapa membayar cukai dengan niat ikhlas sebagai menunaikan tanggungjawab kepada negara, maka apa dilakukan itu satu kebajikan. Islam mewajibkan agar rakyat mentaati pemerintah dalam hal-hal kebaikan.

 

Sunday, 20 September 2020

BANTU SEKADAR TERMAMPU AMBIL SEKADAR PERLU

Di sekeliling kita terdapat banyak orang memerlukan bantuan. Maka hulurkan bantuan dalam apa bentu sekalipun sekadar termampu. Besar pahala mereka yang membantu orang lain.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bandingan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul daripada jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 265)

Mereka yang menerima bantuan pula perlulah bersyukur dan berterima kasih. Jangan ada perasaan iri hati jika bantuan yang diterima tidak sama dengan orang lain.

Satu fenomina tidak baik apabila timbul perasaan tamak untuk mendapat sumbangan lebih. Keadaan ini berlaku ketika berlaku bencana apabila ada banyak pihak menyumbangkan sumbangan.

Ada penerima berebut-rebut ketika menerima bantuan, sehingga mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya.

Sikap tamak perlu dihindari. Sesungguhnya manusia boleh jadi lupa untuk mensyukuri nikmat Allah tatkala mendapat nikmat yang banyak.

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan sememangnya sedikit sekali di antara para hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah Saba’, ayat 13)

Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghulurkan bantuan. Perkara ini meskipun kelihatan kecil, tetapi ia dapat menyuburkan rasa kasih sayang sesama insan. Kebaikan yang dilakukan orang yang menghulurkan sedekah perlu dihargai kerana mereka adalah golongan yang diiktiraf kebaikannya di sisi agama.

Sabda Rasulullah SAW: “Tangan yang di atas (orang yang bersedekah) lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang menerima sedekah).” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari)

Bagi yang tidak layak menerima bantuan pula, usah meminta-minta sehingga boleh menjatuhkan air muka sendiri. Jangan sesekali mengambil sesuatu yang diri sendiri tidak berhak menerimanya.

Jika ada pihak yang menghulurkan sumbangan maka ambil namun jangan sesekali meminta-minta. Perbuatan meminta boleh dikira sebagai satu usaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, tetapi meminta-minta merujuk kepada perbuatan meminta dalam keadaan diri tidak layak serta mempunyai unsur paksaan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Seseorang yang selalu meminta-minta kepada orang lain, maka pada hari kiamat dia akan menghadap Allah dalam keadaan tiada sekerat daging sama sekali di wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya amalan menghulurkan bantuan kepada sesama insan dapat mengeratkan lagi hubungan manusiawi yang akhirnya menatijahkan kehidupan yang harmoni dan diberkati Allah.

Sunday, 30 August 2020

RANTAI LEHER DAUN UBI KAYU

Terlihat gambar ini di media sosial. Lalu terkenang masa kanak-kanak dahulu. Inilah antara hasil kreatif menggunakan sumber yang ada di persekitaran tempat tinggal.

Tidak ingat atau tidak pasti nama objek ini. Tetapi boleh sahaja dipanggil kalung atau rantai leher.

Rantai leher ini dihasilkan menggunakan ‘pelepah’ daun ubi kayu. Tidak semua orang mampu menyiapkannya biarpun nampak simple atau mudah.

Untuk menghasilkan bukan perlu kemahiran, tetapi ketelitian dan kesabaran yang tinggi.

Pelepah ubi kayu yang dipilih perlu yang telah matang. Eloknya yang berukuran besar agar proses membuat kalung lebih mudah.

Pelepah itu akan dipatahkan tanpa memutuskan keseluruhannya. Kulit luar dibahagikan dua dan empulur di dalamnya akan dibiarkan melekat pada salah satu kulit luar yang dibuat secara berselang seli.

Memang proses menyiapkannya memerlukan ketelitian dan kesabaran tinggi. Kalau tidak dilakukan dengan teliti, pelepah yang dipatahkan itu akan terputus dua, atau ketika mengasingkan empulur akan memutuskan kulit luar.

Walaupun ringkas dan seakan-akan mudah dilakukan, tidak semua yang mencubanya berjaya. Jadi, sesiapa yang berjaya menyiapkannya, pastikan satu yang mengembirkan.

Inilah antara aktiviti atau kemahiran sering dimainkan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa ketika ada peluang dan ruang masa untuk melakukannya.

Harapnya masih ada yang ingin mencuba aktiviti ini untuk menguji ketelitian dalam melakukan sesuatu tugasan.

Thursday, 20 August 2020

KEMPEN TABUNG PAHLAWAN PERSATUAN VETERAN ATM

Hanya dengan sokongan anda, dapat membantu lebih daripada 1 juta Veteran ATM dan ahli keluarga mereka untuk mendapatkan bantuan sara hidup, pendidikan, perubatan, peralatan pesakit, bencana alam dan peluang pekerjaan.

Kempen Tabung Pahlawan (KTP) mula dilaksanakan pada tahun 1950 di bawah kastodian Persatuan Bekas Tentera Malaya (Ex Service Association of Malaya) pada ketika itu di bawah teraju Bekas Tentera British di Malaya. Persatuan Bekas Tentera Malaya yang dianggotai oleh Bekas Tentera British berkhidmat di Malaya selepas Perang Dunia II, iaitu nama asal Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang kini dikenali sebagai Persatuan Veteran ATM (PVATM).

Pada awalnya Kempen Tabung Pahlawan dikenali sebagai “Poppy Day” iaitu persamaan dengan kempen yang diadakan di Britain. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, nama Poppy Day ditukar kepada Tabung Pahlawan di mana lambang bunga poppy telah ditukar kepada lambang bunga raya.

Pada tahun 2013, Tabung Pahlawan telah mengalami penjenamaan semula di mana nama Rayuan Hari Pahlawan telah ditukar kepada “Kempen Tabung Pahlawan” di bawah pengurusan PVATM.

Tabung Pahlawan juga telah mendapat pelepasan cukai dari LHDN. Pada tahun 2020, JHEV ATM telah dipertanggungjawabkan untuk membuat kempen dan kutipan Tabung Pahlawan. Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2020 diteruskan bermula dari bulan Julai sehingga September 2020 dengan sasaran maksimum kutipan RM 5 Juta.

Tujuan Kempen Hari Pahlawan dibuat secara menyeluruh untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

- Untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan masyarakat di atas pengorbanan dan jasa bakti para pahlawan tanah air yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara yang selama ini menghasilkan keamanan dan kemakmuran berterusan dengan menganjurkan pelbagai program bagi tujuan tersebut.

- Untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara terutama di kalangan remaja dan belia-belia supaya menghayati perjuangan dan pengorbanan para pahlawan tanah air. Ini termasuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi mengenang jasa pahlawan tanah air serta menyemai semangat nasionalisme dan patriotisme.

- Untuk mengumpul dana khusus untuk memberi bantuan kepada bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan seperti bantuan sara hidup bagi mereka yang tidak berkemampuan dan tercedera, keperluan perubatan dan rawatan, bantuan pendidikan sekolah dan pengajian tinggi dan sebagainya yang berunsurkan kebajikan.

Monday, 27 July 2020

CARA ISTERI HENDAK BAHAGIA


Seorang yang bergelar isteri pasti dia ada suami. Perempuan yang pernah berkahwin dan sekarang tidak mempunyai suami tidak digelarkan sebagai isteri. Sebaliknya, jika tiada suami kerana kematian suami, dia akan dipanggil balu. Manakala kalau tiada suami kerana diceraikan atau bercerai, perempuan itu digelar janda.

Pastinya setiap wanita berkahwin kerana hendak bahagia. Bahagia yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Bukan bahagia hanya ketika mula-mula bergelar isteri. 

Maka, untuk bahagia, kenalah bahagiakan suami dan suami juga akan bahagiakan isteri. Ertinya hubungan kedua-dua insan ini terjalin erat tanpa gangguan orang lain. Jadi bahagialah.

Timbul isu pertama; isteri mula tengok rumah jiran, tengok kebaikan jiran, tergoda dengan kemewahan jiran. Balik suami dia minta itu dan ini supaya sama dengan jiran.

Tengok adik beradik dan ipar duai ada itu ini, terus dia pun hendak juga. Dibanding-bandingkan kebaikan suami adik atau kakak dengan kemampuan dan keberadaan suaminya.

Mengapa perlu dibandingkan? Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah realiti yang perlu dihadapi.

Akibat suka membandingkan kemampuan suami dan hendak minta itu dan ini, hidup suami isteri tidak bahagia lagi.

Timbul isu kedua; bila suami kawin lain dengan tanpa pengetahuan isteri. Isteri itu dapat hidup bahagia dengan suami walaupun suaminya jarang balik rumah. Tapi bila isteri mula tahu dia bermadu, dia mula telefon madu, suka intip gerakan madu dengan suaminya. Mula burukkan madunya. Hidup dia dengan suami sudah tidak bahagia.

Jadi wahai para isteri kalau nak bahagia, beri perhatian kepada dua contoh di atas. Pertama, pedulikan jiran kita dia kaya atau miskin, jangan libatkan suami. Kalau dia kaya syukur. Kalau dia miskin, boleh bantu batulah dia. Anda akan bahagia dengan bantuan itu, dan suami akan bahagia dengan sikap anda.

Dalam kes bermadu, walaupun anda tahu suami kawin lain, anggaplah dia keluar rumah anda dengan tugas dan tanggungjawabnya. Tidak perlu ambil tahu kesah madu anda, sudah makan ke sudah kenyang ke, dia bahagia ke, dan apa apa juga. Anda tidak perlu tahu semua itu. Maka dengan itu anda boleh beri perhatian kepada suami setiap kali dia berada di rumah. Suami bahagia dan anda pasti bahagia.

Tapi bayangkan kalau anda asyik ingatkan madu, sedikit sebanyak anda akan cemburu, pasti tidak bahagia lagi. Walhal, sebelum mengetahi dirinya dimadu, hidup bahagia macam dahulu.

Ada isteri dimadukan lebih 10 tahun tanpa mengetahui dia dimadukan hidup bahagia. Tetapi apabila dia tahu dimadukan, maka terus tercetus perang. Mengapa terjadi demikian?


Friday, 17 July 2020

HAJI HANYA WAJIB SEKALI SEUMUR HIDUP


Melaksanakan ibadat haji merupakan salah satu Rukun Islam. Ibadat ini hanya dituntut dilaksanakan setiap orang Islam yang mampu sebagai Rukun Islam. 

Uniknya, ibadat haji hanya diwajib sekali dalam hidup. Namun, sesiapa yang mampu dan berkesempatan boleh melakukan berulang kali.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah (Kaabah) kepada sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya. (Ali-Imran: 97)

Maksud mampu dalam menunaikan haji ialah mempunyai kenderaan yang membawa pergi dan balik atau cukup tambangnya. Cukup perbelanjaan ketika di Tanah Suci dan apabila balik kelak. 

Selain perbelanjaan sendiri, juga perlu cukup perbelanjaan tanggungan di rumah sepanjang berada di Mekah dan selamat pergi dan pulang.

Selain itu, soal keselamatan juga termasuk dalam erti mampu. Keselamatan ini meliputi semasa perjalanan, ketika di Makkah dan sanak saudara yang ditinggalkan.  

Mampu juga termasuk dalam soal kesihatan. Mereka yang uzur dan mengalami penyakit berbahaya yang dikhuatiri mendatangkan bahaya tidak wajib melaksanakan haji.

Mampu juga termasuk dalam soal undang-undang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Ini termasuk berkaitan kouta dan syarat diemani muhrim bagi jamaah wanita.

Pun begitu, sesiapa yang tidak mampu itu, tetapi merasakan tetap berusaha ingin pergi melaksanakan haji, maka tidak ada halangan baginya, selagi mana ia tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama dan mendatangkan mudarat.

Berhutang dan bergadai harta benda untuk menunaikan ibadat haji ialah perbuatan yang tidak menepati kehendak Allah SWT.

Perbandingan antara haji dan umrah. Haji dan umrah ialah ibadat yang memerlukan wang, tenaga, dan pengorbanan yang besar.

Oleh sebab itu, Islam hanya mewajibkan sekali sahaja seumur hidup. Kewajipan itu juga bersyarat, iaitu mampu, merdeka, Islam, berakal dan baligh.

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah, ayat 196 bermaksud: Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah…

Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah berazam dan merancang untuk menunaikan ibadat haji. Beruntung sesiapa dapat melaksanakan ibadat haj.

Sabda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa melaksanakan haji di rumah ini (Baitullah Al-Haram), tidak rafats (tidak mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan berahi atau tidak senonoh) dan tidak berbuat fasik, maka dia kembali seperti pada hari dilahirkan ibunya." (Hadis riwayat Bukhari).

Namun, bagi mereka yang pernah malaksanakan, tidak perlulah mengulang-ulangnya beberapa kali. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang lain pula.  

Seperti kita ketahui, peraturan kouta menyebabkan tidak banyak dapat melaksankan ibadat haji. Bakal haji kena menunggu berpuluh tahun untuk namanya tersenarai sebagai jamaah. 

Pada mereka yang telah pergi menunaikan haji, bertolak ansurlah. Beri peluang kepada orang lain. Sesiapa melakukannya (memberi peluang kepada orang lain) insyaalah akan mendapat ganjaran di sisi Allah. 

Seseorang telah dianggap sempurna menunaikan Rukun Islam biarpun hanya sekali menunaikan haji. Sekiranya ada wang lebih, elok digunakan untuk tujuan lain yang turut memberi ganajaran pahala yang besar dan berkekalan. 

Contohnya mewakafkan harta membina masjid, sekolah dan lain-lain yang manfaatnya boleh digunakan berkekalan atau dalam tempoh masa lama.

Nabi Muhammad sendiri hanya melaksanakan ibadat haji sekali dalam hidupnya.