Thursday, 6 February 2020

Padah jual akaun kepada parcel scam

Tindakan seorang operator kilang menjual akaun bank miliknya kepada sindiket penipuan parcel scam mengundang padah apabila dia ditahan polis bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK).

Suspek ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita yang kerugian RM1,500 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket kononnya mahu menghantar bungkusan dari luar negara milik arwah abangnya.

Mangsa yang juga pengasuh dan tinggal di Kulim pada mulanya menerima pesanan melalui Facebook daripada seorang individu yang mengaku rakan arwah abangnya dan memberitahu akan menghantar barang arwah ke Malaysia.

Individu itu memaklumkan, barang terbabit akan tiba pada 16 April 2019 dan meminta mangsa supaya membayar RM1,500 kononnya bagi urusan kurier.

Tanpa ragu, suami mangsa memasukkan wang terbabit ke dalam satu akaun diberikan suspek.

Mangsa bagaimanapun mengesyaki ditipu apabila dia diminta untuk memasukkan lagi RM5,100 atas alasan barangan terbabit mengandungi wang.

Soal siasat terhadap wanita itu memberitahu berkenalan dengan seorang lelaki melalui Facebook sejak 2018.

Wanita itu memberitahu dia kemudian menyerahkan kad ATM miliknya dengan cara pos ke satu alamat di Kepong, Selangor dan menerima bayaran RM200 sebagai upah.

Perbuatan tersebut boleh dituduh mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-dua sekali.

No comments:

Post a Comment